Pergi Bangi Gateway, masuk Jaya Grocer. Cari barang yang wife pesan, satu per satu aku ambil tanpa ada masalah. Piece of cake je la mat saleh kata, sebabnya aku ni boleh dikategorikan sebagai lelaki yang selalu pergi pasar. Maka nak cari barang yang dipesan tu kira mudah je. Sekali tengok terus tahu.
Tapi.. nak kata tahu semua benda pun tak juga. Kerana ada satu dua benda yang nak dibeli tu kadang-kadang buat aku confuse.
Nak tahu apa bendanya?
Contoh.. Daun ketumbar dan daun sup.
Dua-dua daun ni kalau letak side by side.. Sumpah! sekali pandang nampak serupa je. Sampai sekarang was-was nak beli. Adoyai.. tak tahu la macam mana dua jenis tumbuhan ni boleh sama kan. Unik sungguh ciptaan Allah. Kembar seiras. Hahaha.
Cumanya dalam cerita kali ni, nasib baik aku pergi Jaya Grocer tu dia ada label siap-siap.
Tertulis..
Daun ketumbar – Coriander Leaves
Daun sup – Chinese Celery
Fuh selamat guys. Nasib baik tak tersalah beli kali ni. Alangkah bagusnya kalau semua kedai termasuk pasar amalkan buat label macam ni kan. Senang hidup. Hahaha.
By the way, perbezaan lain daun ketumbar vs daun sup adalah seperti berikut:
- Akar – pokok daun sup akarnya halus-halus sikit, manakala akar pokok daun ketumbar kasar macam akar tunjang.
- Batang – Batang pokok daun sup lebih panjang, manakala batang pokok daun ketumbar lebih pendek.
Haa.. so korang dah tau perbezaan dua bendalah ni sila ingat ya. Kalau tak ingat, masalah korang nanti. Hehehe.
Yeah they are different and their taste and scent are different too. 😀
haha kalau takde label, aku pun konpius bang..cer try amik bau..
hmm, thanks infonya