Dashing bukan jenama baru. Dari zaman aku muda remaja lagi Dashing ni dah wujud. Kalau dulu, perfume Dashing ni aku selalu guna pakai sebab harganya murah dan bau yang naik tu pun ala-ala maskulin gitu.
Sepanjang tempoh aku mengenali jenama Dashing ini, boleh kira banyak dah improvement yang diorang buat. Dulu packaging tak berapa menarik, sekarang dari jauh dah nampak eksklusif. Tak kurang juga pelbagai produk-produk baru dikeluarkan.
Well.. menghangatkan lagi indsutri wangian badan, kini Dashing Sport Range muncul dengan wangian baru yang lebih memfokuskan kepada mereka yang aktif dan kuat berpeluh. Pendek kata, sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
Pilihan wangian terbaru yang dimaksudkan adalah, Dashing Hitman dan Dashing Golden Boot.
Sejujurnya, kedua-dua produk baru keluaran Dashing ini wangi yang mana setiap dari satunya menyediakan deodorant spray dan juga wangian Eau De Toilette. Cuma kalau ditanya personal reference aku, aku lebih suka Dashing Golden Boot untuk kedua-duanya. Sebab baunya lebih lembut dan unik berbanding Dashing Hitman.
Dan kelebihan menggunakan Dashing Sport Range ini pula, dimana ia bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam. Malah, ia juga memberikan kesan 6 dalam 1 antaranya:
- Bau yang tahan lama
- Anti bakteria
- Formula cepat kering
- Tidak mengotorkan pakaian
Sedikit fakta lain mengenai bauan baru Dashing Sport Range ini ialah, bauan daripada Dashing Hitman adalah aroma kesegaran daripada citrus dan ice cucumber yang menjadikan wangian ini lebih kepada daya penarik seseorang pemakai.
Manakala Dashing Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih menggoda kerana ia adalah bauan dari ekstrak daun Rhubarb dan Pimento, yang mana akan menyerlahkan lagi kehangatan maskulin seseorang pemakai.
Kedua-dua produk sama ada Dashing Hitman atau Dashing Golden Boot boleh dibeli dipasaraya yang terdekat dengan pilihan semburan deodorant 125ml yang berharga RM12.90, manakala wangian Eau Di Toilette 50ml pula dijual dengan harga RM24.90.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.dashing.com.my atau terus ke laman Facebook mereka di www.facebook.com/Dashing.MY
aku pakai hadiah kahwin dulu je.
itu pun tak habis-habis lagi.
haha
Lama bertahan tu. Kalau aku pakai takde la lama macam tu. Hehehe