Daripada Pembuli Kepada Pembunuh

Seriously, dari satu sudut bila nampak ramai yang tweet tentang hukuman gantung sampai mati pada 5 suspek yang membuli arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain, aku rasa macam nak tepuk tangan kuat-kuat sebab ada undang-undang yang akan membela nasib arwah Zulfarhan sebaiknya.

Tapi dari satu sudut lagi, timbul juga rasa kesian bilamana mengenangkan perasaan ibu bapa kelima-lima suspek yang aku percaya pada saat ini mesti mandi tak basah, tidur tak lena.. dan tak kurang juga mesti sedang bertungkus lumus mencari bantuan dalam usaha menyelamatkan anak-anak mereka dari tali gantung.

Well..

Damage has been done. Ini bukan kesalahan kecil-kecil. Tapi melibatkan nyawa orang. Sekali dah melayang, takkan datang balik dah.

Banyak cerita-cerita baru berkenaan kes ini bertebaran di laman sosial sekarang, dan yang terkini apabila ada seorang bekas pelajar STAR Ipoh, Amsyar Malek, yakni senior kepada suspek utama Zuhairi, mula membuka mulut mengenai perangai Zuhairi yang sememangnya suka membuli pelajar lain ketika zaman sekolah lagi.

Well.. pembuli. I hate bullies. Fizikal kau lebih kuat daripada seseorang, itu tak bermakna kau dapat lesen besar untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Itu sangat kurang ajar.

Jujur.. Meletakkan diri aku sebagai bapa kepada arwah Zulfarhan, aku juga mahukan pembelaan yang sewajarnya dikenakan kepada pembunuh anak aku. Bilamana penat lelah membesarkan anak, penyambung generasi serta harapan keluarga di ragut nyawa begitu sahaja oleh orang lain, semestinya satu tindakan yang sangat sukar untuk diterima.

p.s: #JusticeForZulfarhan

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 3 Comments

    Leave a Reply
    1. Memang sangat kasihan..

      Mengapa ada manusia yang begitu kejam..

      Mengapa ada manusia yang lemah yang menjadi mangsa..

      Persoalan demi persoalan saya terus menerpa benak ingatan inj..

      Saya pasrah bahawa semua ni takdir.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Bila Bawa Khair Dan Haziq ke Bazaar Ramadan

    Khair Dengan Keputusan Peperiksaan PraSekolah-Nya