in ,

Dapat Dah Signal Booster


Ahaa.. Kiranya ini episod pengenalan kepada satu produk yang baru je aku pasang di rumah tempoh hari.

Nama benda alah yang aku pasang itu namanya, WeBoost (maaf gambar takde. Hehehe).

WeBoost, ia merupakan sejenis signal booster untuk memantapkan lagi line handfon korang ketika berada didalam rumah. Pendek kata, kalau line telefon korang macam segan-segan je nak ada, boleh guna device ni.

Signal detector-Spectrum Analyzer
Ini spectrum analyzer. Kegunaannya untuk check signal sebelum dan selepas pasang device WeBoost.

Nampak tak graf dalam spectrum analyzer ni? Garisan putih bermaksud signal didalam rumah yang diterima sebelum “WeBoost” dipasang. Manakala garisan hijau pula signal selepas “WeBoost” dipasang.

Berbeza kan? Peningkatan almost 100% daripada keadaan yang sebelumnya. Kalau tengok dalam handfon pun, daripada 2 bar terus naik full bar.

Fuhh..Mantap gila. Hehehe.

So sekarang, alang-alang dah dapat benda baru, aku nak test dulu kaw-kaw keupayaan device ni. Maybe selepas 2 -3 minggu lagi, aku akan keluarkan full review. Stay tuned eh.

p/s: Katanya penggunaan device WeBoost ni juga boleh tingkatkan kelajuan broadband. Wah.. syok. Woot.. woot.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. Waktu mengikuti kelas safety, ada lecturer tu cakap kalau dalam bangunan tinggi, ada pasang signal booster untuk line telefon. Benda tu short term x bahaya, tapi bila long term bole mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Antaranya kanser. Sekadar berkongsi.

  2. menarik sekali informasinya, jadi pengen pasang booster untuk internet nih, semoga bisa tambah kenceng ,makasih ya inpo2nya…gan

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *