in

Dapat Birthday Suprise Delivery!


Cerita dah basi bulan Nov, tapi nak cerita gak kat sini sebagai kenangan. Macam biasa, tiap-tiap tahun ada birthday aku. Tak macam sesetengah orang yang kena celebrate 4 tahun sekali. Mereka itu spesis rare yang jarang-jarang ditemui. Disebabkan birthday tiap-tiap tahun ada, maka aku tak expect apa-apa celebration pun kerana pada aku tak ada special sangat pun untuk di celebrate kan ke atas diri aku yang serba kekurangan ni. Hahaha.

Tapi nak dijadikan cerita, semalam buat pertama kali dalam hidup dapat birthday suprise delivery. Awal-awalnya aku kat pejabat buat kerja macam biasa, lepas tu tiba-tiba dapat call dari receptionist bahawa ada orang nak deliver barang.

Deliver barang tu aku tak pelik sangat sebab selalu je client deliver parcel documentation project pada aku, tapi yang pelik.. dia guna nama aku yang satu lagi (orang yang tahu nama penuh je tahu). What the heck.. suspen dowh. Ligat dalam kepala fikir siapa nak hantar barang kat aku pakai nama tu.. tak pernah-pernah aku expose nama tu kat office-office mate. Hahaha

Masih lagi bingung, aku bingkas bangun lepas tu turun dari 2nd floor pakai lift. Jalan.. jalan.. jalan menuju ke meja receptionist. Lepas tu tiba-tiba..

Nampak sorang mamat ni bawak belon. Aku ingat dia tunggu orang lain, tapi dia straight forward tanya aku. Ni nama Hafiz … ke? Aku jawab, ya.

Denga je aku jawab ya, laju je dia hulur belon tu sekali dengan sekotak kek. Happy birthday katanya. Hahaha. Terus muka aku senyum, tapi tak lupa.. tanya balik, siapa bagi?

Owh dia kata, puan isteri bagi.

Cess.. suspend betul. Ingatkan barang apa tadi. Tapi dalam hati dah berbunga-bunga kegembiraan sebab dapat suprise. Hehehe. Naik balik ke work station, letak belon besor kat meja mula la ramai bertanya. Lepas tu masing-masing wish birthday. Rasa macam artis lak tetiba dapat perhatian gini. Huh.

Dan.. lepas tu aku ingatkan dah settle la. Buat kerja macam biasa balik, teruskan trading saham gak sambil-sambil buat kerja (sebab log in platform broker pakai handphone je). Tiba-tiba.. dapat whatsapp. Daripada anonymous. Katanya dia ada nak hantar barang, lagi berapa minit dia sampai.

Demm.. ada lagi ke suprise. Apa pulak kali ni. Hahaha.

Aku tanya wife, dia kata.. tunggu je la. Sebab aku memang dah syak dia jugak yang ngantar nya. Mana ada orang lain lagi dah nak membazir duit bagi hadiah kat aku.
Tik tok..tik tok.. hati tak tenang selagi barang tak sampai.

12.15pm macam tu runner tu bagitahu dah sampai depan office dan minta aku turun. Aku pun buat derk jalan slow-slow macam biasa. Sekali lagi kat receptionist, ada orang tunggu aku. Tapi kali ni runner tu perempuan.

Dia bagi apa?

Ni haaa..

Belon bapak besar sekali dengan coklat Fererro Rocher. Hahaha. Okay ni betul-betul suprise. Nak sorok bawak naik atas ke workstation pun tak boleh dah. Maka lepas bergambar kejap, aku pun buat dunno je la pergi bawak letak atas meja. Dan untuk beberapa ketika semula, aku jadi artis lagi sekali sebab masing-masing pun tumpang excited aku dapat suprise gift gini. Hehehe

By the way, just nak kabor aku happy la dapat suprise gini. Walaupun ada rasa segan-segan kat office, tapi jauh didalam hati kecilku rasa macam dihargai sangat. Thank you darling, my sweet heart. XOXO. Cewahh.

Cerita panjang dipendekkan.. Balik rumah, dapat celebrate birthday ramai-ramai pulak. First sambut makan KFC dan kek kat rumah sendiri.

Kemudian hari minggu pulak mak dan adik aku panggil makan kat rumah diorang pulak makan kat sana. Diorang masak sedap-sedap. Siap dapat jambangan duit lagi. Heee.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to edwinali Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *