in

Dah Seminggu Demam


Masuk hari ke-7 Khair demam. Masih belum ada tanda-tanda demam akan berkurang. Malam ni suhu badan dia masih lagi panas walaupun tak sepanas semalam.

Mungkin ianya disebabkan oleh antibiotik yang baru diambil di KPJ siang tadi mula memberikan kesan ataupun demam ni sekadar main acah-acah saja. On off.

So far, dari result pemeriksaan makmal KPJ yang dilakukan siang tadi TAK menunjukkan keputusan bahawa Khair menghidap demam denggi, namun sebaliknya demam yang Khair alami sekarang adalah sekadar demam jangkitan bakteria yang dipanggil mycoplasma pneumoniae.

Doktor siap pesan, kalau demamnya masih belum kebah dalam masa 3-4 hari, kena bawa Khair semula ke KPJ untuk dimasukkan ke wad bagi menjalani rawatan lanjut.

Hmm.. let’s pray for the best. Hopefully tak sampai tahap macam tu. Kalau boleh nak Khair cepat-cepat sembuh, tak sanggup dah tengok dia demam lama-lama. Asal malam je mesti banyak kali terjaga dari tidur, tak selesa. Badan dia panas, kepala dia panas.. nak kena basahkan dengan air baru boleh tidur balik.

Balik kerja tadi ajak daddy makan KFC. Layankan aje. Tau dah dia tengah tak berselera sangat nak makan.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *