in ,

Dah Jumpa Kedai Jual Baju Sekolah Murah!


Baju sekolah, antara kelengkapan yang perlu dibeli setiap tahun. Kalau ada anak seorang yang bersekolah mungkin lah ia bukan sesuatu benda yang membebankan. Tapi bagi orang yang ada ramai anak? Peh.. boleh sakit kepala beb bila fikir macam mana nak settle benda ni.

Jadi, untuk mendidik diri aku supaya tak terlalu bermewahan ketika membeli kelengkapan sekolah Khair tahun ni (sebab tahun depan Khair dah masuk darjah 2, lepas tu nanti lagi 5 tahun giliran Haziq pulak masuk sekolah. Lepas tu pulak baby dalam perut lagi nak masuk sekolah.. fuuhh.. jauh betul imaginasi.. hahaha), maka kali ini aku tetapkan matlamat utama aku supaya bersederhana ketika berbelanja.

Bukan lah kata aku nak mengutamakan pakaian sekolah yang murah sebab nak berjimat, tapi sebaliknya aku nak cari pakaian sekolah yang murah.. tapi kualitinya setanding dengan pakaian-pakaian berjenama yang lain.

Dan, melalui pengalaman tahun lepas.. dah cukup mengajar aku bahawa tiada kelebihan pun untuk beli baju sekolah yang brand mahal-mahal ni. Sedangkan baju dengan kualiti yang sama juga boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah. Benda boleh berjimat, kenapa perlu membazir. Ye tak?

Jadi untuk merealisasikan niat aku untuk berjimat dalam perbelanjaan kelengkapan sekolah Khair tahun ini, pusat pakaian Hari-Hari adalah kedai baju sekolah yang aku terjah.

Sebab apa pusat pakaian Hari-Hari jadi pilihan aku?

Sebabnya.. dah ramai rakan-rakan aku berkongsikan feedback yang positif mengenai baju sekolah yang dijual. Kata mereka, harganya murah. Malah perkataan “murah” tu sendiri sampai aku tak boleh nak brain bila difahamkan bahawa dengan bajet RM65 je pun, korang dah boleh dapat 1 full set baju sekolah; termasuk baju, seluar, stokin dan kasut sekolah (untuk size yang paling kecil).

Dan untuk membuktikan ianya murah seperti yang dihebahkan, masa balik kampung kat Kuantan tempoh hari.. aku dan wife sempat singgah di salah satu rangkaian pusat pakaian Hari-Hari.

So murah ke tak sebenarnya?

Well, untuk makluman korang.. Ini dia haa. Bila pemandangan dari luar nak melangkah masuk ke pusat pakaian Hari-Hari pun dah dihidangkan dengan longgokan tawaran pakaian dan kasut sekolah sebegini murah, apa lagi yang aku boleh nafikan. Haruslah aku mengiyakan fakta yang diterima kan.

Baju sekolah kain cotton biasa RM5.00.

Kasut sekolah putih, RM10.00.

Manakala kasut sekolah hitam pulak, RM15.00 ke RM20.00.

Dan, kasut hitam yang design cun-cun sikit boleh dapat bawah RM30.00.

Dalam hati aku.. Wow! Ini memang murah. Kalau aku tahu awal-awal, dari tahun lepas lagi aku dah datang borong baju-baju sekolah kat Hari-Hari. Sebabnya, cawangan pusat pakaian Hari-Hari ni bukan saja ada dekat Kuantan. Malah, secara keseluruhannya ada 86 buah cawangan di seluruh Malaysia. Kat Kajang pun ada 1, dekat je dengan rumah aku kat Bangi. Hohoho.

Bukan sekadar tawaran murah kat luar tu saja. Kalau korang nak cari baju sekolah kain yang licin sikit pun ada, dan yang menariknya harga baju kain licin juga masih lagi didalam kategori murah.

Macam aku, aku padankan baju sekolah lengan pendek, kain licin, size 17 untuk budak besar Khair tu.. harganya RM28.90 sehelai. Manakala seluar pula jenis yang ada getah, size 24, harganya RM26.90. So end up, kos untuk sepasang baju baru RM55.80. Jimat!

Dan tak dilupakan kalau korang nak cari peralatan sekolah yang lain juga, tak payah susah-susah nak cari di kedai lain sebab di pusat pakaian Hari-Hari ini sendiri juga turut menawarkan beg sekolah, pensel, bekas pensel dan lain-lain.

Tawaran menarik di Pusat Pakaian Hari-Hari

Bersempena dengan musim cuti sekolah ni, pusat pakaian Hari-Hari turut menjalankan kempen promosi hebat “Kembali ke Sekolah“, dimana melalui kempen ini pelanggan dapat menikmati beberapa tawaran menarik (sehingga 31 Disember 2019), seperti:

  • Dengan setiap pembelian bernilai RM30 ke atas akan melayakkan korang menerima 1 kalender tahun 2020.
  • Dengan setiap pembelian bernilai RM120 ke atas akan melayakkan korang menerima stokin putih secara percuma.
  • Dengan setiap pembelian bernilai RM150 ke atas akan melayakkan korang boleh memilih sama ada ingin menerima 2 pasang stokin putih 2 pasang ataupun sepasang kasut putih.
  • Dengan setiap pembelian bernilai RM200 ke atas akan melayakkan korang untuk menerima voucher diskaun Senheng bernilai RM25.
  • Dan dengan setiap pembelian yang dibayar melalui CIMB debit/kredit kad pula, akan melayakkan korang untuk menerima tambahan diskaun sebanyak 15%.

Best kan? Harga murah, kalau beli banyak dapat lagi murah.

Malah, kalau korang jenis parent yang tak ada masa ataupun malas nak bersesak-sesai di kedai pun boleh juga buat pembelian secara online. Dimana melalui pembelian online ini turut melayakkan korang untuk menerima diskaun sebanyak 15% (sehingga 31 December 2019 sahaja), dan sekiranya jumlah pembelian bernilai RM50 ke atas.. penghantaran adalah percuma dengan stokin putih dan kalendar sebagai hadiah percuma.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.ehari.com. Ataupun untuk mendapatkan info terkini yang lebih pantas, korang boleh juga mengikuti laman sosial Hari-Hari melalui pautan dibawah:

Facebook: www.facebook.com/harihari
Instagram: www.instagram.com/harihariofficial


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *