Dah Dapat Result Grading Taekwondo Untuk Naik Ke Green Belt 1


Akhirnya result grading naik ke tali pinggang hijau dah diumumkan. Masa attend training last week, Sir minta semua anak murid berkumpul dalam group mengikut gred masing-masing.

Khair, dari rumah lagi dia macam tak berapa konfiden dia dapat lulus grading. Sebabnya, masa grading lepas dia mengharapkan dah naik ke hijau 1. Tapi end up kena naik ke kuning 2. Walhal dia tak confuse lagi sebenarnya waktu tu kalau nak naik hijau memang kena ikut step naik ke kuning 2 dulu.

So, kalau ikutkan betul la yang step dia tengah lalui tu kan. Hahaha.

Aku yang duduk kat tepi (tak jauh dari tempat diorang berkumpul), dapat lihat raut wajah dia macam berdebar-debar. Pandang aku, muka macam terpaksa senyum. Ye, daddy faham perasaan tu. Semua orang akan berdebar-debar kalau nak terima result sesuatu benda. Hohoho.

Satu per satu nama disebut, kawan lain senior dah pakaikan tali pinggang hijau yang baru. Dia sabar menanti.

Bila nama dia disebut, laju bingkas bangun. Terus dipandangnya muka aku sambil senyum selebar-lebarnya. Yeay.. akhirnya benda yang dia tunggu-tunggu, dah dapat. Berjaya jugak dia naik ke tali pinggang hijau.

Mula-mula kuning..
Yeay.. dah jadi hijau..

Ambik gambar, tunjuk kat ibu. Muka senyum sampai ke telinga. Tahniah abang Khair dah naik hijau. Lepas ni boleh praktis untuk naik ke biru pulak ye. Tapi tak ada la dari hijau 1 terus ke biru. Ikut step by step la, kena naik hijau 2 dulu baru boleh lompat ke biru. Hehehe.


1 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini

CommentLuv badge