Untuk murid-murid yang selalu ponteng sekolah, kantoi lah mereka lepas ni. Sebabnya kenapa? Sebab Kementerian Pendidikan Malaysia dah wujudkan sistem semakan kehadiran secara online.
Yeay! Maksudnya kalau ada mak ayah yang curiga sama ada anak-anak ponteng sekolah ke tidak, boleh terus je login laman web public.moe.gov.my untuk mengetahui sama ada anak-anak hadir ke sekolah ataupun tidak.
Not bad la kan sistem ni. Macam semalam, anak aku masuk sekolah sesi petang pukul 1.00 tengahari. Semak sistem pukul 5.00 petang, memang dah dikemaskini kehadirannya. – Peratus jadi 75% sebab aku ambil screenshot rekod pagi ni, dia belum pergi sekolah. So lepas dia sampai sekolah kejap lagi dan cikgu ambil kedatangan, peratus akan jadi 100% la.
Bagusnya melalui sistem semakan kehadiran ni juga apabila kita boleh semak nama cikgu kelas dan hari-hari sekolah akan cuti. Ada petunjuk kat situ. Pilih je bulan mana korang nak tengok untuk tahu hari mana yang cuti. Boleh buat perancangan cuti awal-awal. Cuma untuk aktiviti sekolah atau cuti peristiwa tu, maybe akan dikemaskini dari semasa ke semasa la kot.
p.s: Dari sudut psikologi.. Bila KPM dah buat sistem macam ni, mak ayah nak “cuti” kan anak pun rasa risau. Hahaha