Dah Besar Makin Banyak Karenah

Makin besar makin pandai request macam-macam benda.

Nak makan itu, nak makan ini.. nak pergi situ, nak pergi sini.

Ibarat dah jadi macam tuan dalam rumah. Semua orang kena dengar cakap dia. Kalau tak ikut, nanti dia mengamuk.. menjerit.

Part paling annoying.. dia ulang sebut benda-benda  yang dia nak berpuluh-puluh kali. Contoh.. nak coklat.

Akan diulangnya “Nak coklat..”.. “Nak beli coklat” .. “Adik nak coklat”.. hinggalah coklat tu betul-betul dah ada depan mata dia. Hahaha.

Khair-cute boy

Khair-belajar makan sendiri

Khair-makan chicken soup
Semalam.. orang makan nasi. Dia nak makan chicken soup. Huh

Walaupun rasa annoying.. tapi bila pergi kerja, rindu jugak nak tengok celoteh dia. Biarpun tinggal untuk beberapa jam, rasa rindu sangat. That’s why, bila aku habis waktu kerja je terus balik rumah cepat-cepat. OT?.. tolak tepi.

p.s: Terlepas zaman anak-anak kecil, memang satu kerugian besar bagi aku.


6 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini