Daftar Haji

Alhamdulillah. Selesai jugak urusan aku untuk daftar haji.

Tak susah pun sebenarnya. Hanya perlu ke cawangan Tabung Haji yang terdekat, kemudian tunjukkan saja penyata KWSP yang terkini bagi membolehkan sebahagian baki akaun 1 dibawa masuk ke dalam akaun pendaftaran haji.

Semua sekali proses beserta pembukaan akaun simpanan Tabung Haji siap tak sampai tempoh masa 2 jam. Huh.. Efisyen sungguh.

Buka 3 akaun terus. Aku, wife & Khair

Jadi, lepas ni dah boleh la aku start menabung untuk bekalan perbelanjaan pergi haji. Walaupun tarikh yang ditetapkan pada aku ialah pada tahun 2072.. Tapi, mana lah tahu kan tiba-tiba ada rezeki boleh pergi awal. Tak gitu kawan-kawan? In Syaa Allah.

p/s: Aku dah daftar, korang yang belum.. Bila lagi?

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply
  1. Eh kite pon da daftar tapi xtau pon biler tarikh yg ditetapkan tuh. Cmne tahu ye? Die ade bg slip ke ape?

  2. Alhamdulillah. Itu yg sebetulnya. Ramai yg silap faham ingat kena cukup rm10k baru boleh daftar. Yg sebenarnya cuma perlu cukupkan jumlah minimum pendaftaran haji (rm1300) atau simpanan kwsp je macam yg bro buat ni.

    InsyaAllah boleh dpt pergi awal drpd tahun yg ditetapkan tu 🙂

  3. tahun 2072? wow.. musti dah ramai yang beratur sekarang ni. Cepat betul nombor giliran bertambah. Sedangkan masa saya daftar haji tahun 2008, saya boleh pegi lagi 20 tahun. Saya ingat 20 tahun tu dah lama nak tunggu. Semoga tuan dapat pergi lagi awal dari tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *