in

Daftar Khair Sekolah Rendah Darjah 1


Tahun ni umur Khair dah 5 tahun. Pejam celik pejam celik, sekejap je dia dah nak masuk alam persekolahan rendah.

Kalau ikutkan sekarang ni, memang dia dah diajar untuk pergi ke pre-school awal-awal pagi lagi supaya dia tak culture shock ketika mana dia mula jejakkan kaki ke sekolah rendah.

Cuma, persediaan yang seterusnya.. Daddy dan ibu pulak yang nak kena pilih elok-elok sekolah rendah mana yang bakal dia dimasukkan kelak.

Terbaca perkongsian di Facebook siang tadi, tergerak hati aku untuk berkongsikan info ini kepada korang.

Okay, macam ni.. Let say anak-anak korang sekarang ni dah berumur 5 tahun. Maka, apa yang perlu korang kena buat?

Haaa.. mestilah kena hantar permohonan pendaftaran anak-anak di sekolah rendah. Kalau tak hantar, susah pulak diorang nanti.

Sepertimana Khair yang menetap di negeri Selangor, aku difahamkan bahawa permohonan masuk ke sekolah rendah akan dibuka awal bulan Mac.. iaitu bermula 1 Mac nanti.

Prosesnya untuk memohon? Sangat mudah.

Cara mendaftarkan anak ke sekolah rendah

Pertama, daftarkan butir-butir peribadu anak-anak korang di laman https://public.moe.gov.my menggunakan Sistem Pendaftaran Atas Online.

Kedua, buat pengesahan dan hadir ke sekolah yang dipohon untuk penyerahan dokumen, bermula daripada hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi – 4.30 petang (dalam tempoh masa 2 minggu daripada tarikh permohonan dibuat) bersama-sama:

  • Sijil lahir anak/Sijil anak angkat (asal+salinan)
  • Bil utiliti (Bil letrik/air/telefon – asal + salinan)
  • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga (asal + salinan)
  • Surat nikah/Surat cerai (asal + salinan)
  • Surat hak penjagaan/Perintah mahkamah (Jika berkaitan – asal)
  • Laporan doktor dan Kad OKU (Jika berkaitan)

Untuk makluman, tarikh umum dibuka permohonan pendaftaran sekolah rendah tahun 1 bagi tahun 2017 adalah pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017.

Jika permohonan anak korang ke sekolah yang diingini tidak berjaya, modul rayuan online akan dibuka pada 16 Julai 2017 sehingga 30 September 2017.

Info kelahiran untuk tahun sesi persekolahan

  • Untuk sesi persekolahan darjah 1 tahun 2017 membabitkan kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2010 hingga 01.01.2011
  • Untuk sesi persekolahan darjah 1 tahun 2018 membabitkan kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2011 hingga 01.01.2012

Haa.. so, korang dah dapat info ni. Jangan buat dunno pulak ye. Ingat anak-anak korang boleh masuk sekolah macam tu je ke. Kena daftar hokay. Jadi, bermula hari ni.. sila tanda atau catatkan dekat mana-mana tarikh-tarikh penting diatas supaya memudahkan korang ingat.

p.s: Sambil-sambil tu boleh survey dah sekolah mana yang bagus untuk korang masukkan anak korang.

Note: Anak-anak ada masalah gatal kulit, mungkin korang boleh baca cara merawat ekzema dan psoriasis.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *