20 minggu menahan perasaan. Gembira ada, teruja ada, terharu ada.. Tak kurang juga dengan berdebar, risau dan takut.
Gembira kerana dikurniakan zuriat yang ketiga. Tetapi berdebar dan risau akan berulang kembali episod menyedihkan seperti mana yang berlaku pada arwah baby Hana.
Selangkah demi selangkah memasuki pintu masuk klinik, jantung berdegup laju memikirkan keadaan anak yang berada didalam kandungan.
Namun, kuasa Tuhan yang maha kuasa dalam menentukan kehidupan seseorang hambaNya..
Alhamdulillah, kandungan ketiga sihat walafiat.
Bermula daripada ukuran kepala hingga ke hujung kaki, organ-organ dalaman dan lain-lain, kesemuanya melihatkan perkembangan yang positif dan mengikut skala pembesaran yang normal.
Syukur.. Syukur Ya Allah..
Segala puji bagi Mu tuhan sekalian alam.
Tak ada apa yang mampu dilakukan. Melainkan hanya menahan sebak kegembiraan ketika sonographer menunjukkan rakaman secara langsung scan 2D dan 3D/4D didalam bilik pemeriksaan.
4 bulan lagi untuk dia dilahirkan ke dunia. Semoga terus sihat hendaknya bersama ibu tersayang. 🙂
2D Detail Scan di Klinik As-Salam
Untuk pemeriksaan scan baby ketiga ini kami ke klinik yang pernah kami kunjungi dulu iaitu Klinik As Salam yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Perancangan asal kesana hanya untuk melakukan detail scan 2D. Namun diatas kemurahan hati sonographer yang bertugas, kami diberi beberapa rakaman video serta snapshot baby dalam bentuk 3D/4D.
Note: Urusan temu janji untuk scan baby dibuat melalui sistem online reservation. Ianya bukan terhad kepada Klinik As-Salam sahaja. Turut boleh didapati di beberapa lokasi lain seperti Shah Alam, Cheras, Kajang dan lain-lain. Untuk info dan rujukan lanjut, rujuk 3d-4d-scan-malaysia.com.
Tahniah Blogger kacak.. Semuga semua dipermudahkan…
comey jer sejak ada 4d scan ni kan…
Alhamdulillah, Gua nak scan juga la… nak tengok apa ada dalam perut ini.
alhamdulillah, tahniah, semoga baby terus sihat aminnn…
alah comel jew tgk.. alhamdulillah.. semoga baby terus dan sentiasa sihat aamin