Dah akhir-akhir tahun ni mesti ramai yang tengah planning untuk habis kan cuti masing-masing kan? Ada yang nak bercuti dengan family, ada nak kahwin, ada yang nak honeymoon (macam blogger famous kita sorang ni)..dan bla bla bla lagi. Bila bercakap tentang honeymoon ni, teringat balik trip honeymoon Hafiz bersama wife tersayang dulu. Trip yang ditunggu-tunggu oleh kitorang berdua, ke Gold Coast Australia. Wow..hehehe.
Sebenarnya untuk permulaan, kitorang tak berniat pun nak kesana. Cuma sekadar angan-angan mat jenin aje. Tergeraknya hati kitorang nak kesana hanya selepas promo dikeluarkan oleh pihak AirAsia. Please take note ye, disebabkan tertarik dengan promo tu punya pasal..kitorang sanggup book tiket flight tke Aussi setahun lebih awal dari tarikh kitorang akan berkahwin. Gila gamble. Hahaha.
Tunggu punya tunggu..hari yang dinantikan muncul tiba, majlis kahwin dua-dua belah pihak pun dah selesai. Sekarang tibalah masanya untuk ber-honeymoon. Tapi sebelum tu, nak dijadikan cerita dulu..sehari sebelum tarikh berlepas..wife Hafiz demam teruk. Memang tak larat habis. Haishhh..Masa tu mood memang dah down sangat-sangat, sebabnya kalau demam tak berkurang , terpaksalah cancel trip ke Aussi.
Tapi..Alhamdulillah. Mungkin sebab wife Hafiz sendiri pun excited nak pergi oversea rasanya, demam pun surut last-last minit. Kitorang selamat berangkat dan selamat sampai ke Gold Coast selepas 7 jam perjalanan. Memang lama, makan tidur je lah jawabnya dalam flight tu.
Muka excited bila sampai Gold Coast
Fuh..pertama kali jejak kaki ke negara beriklim sejuk, memang seronok rasanya. Turun-turun je dari kapal terbang, udaranya yang sejuk menusuk masuk ke dalam hidung (masa tu pergi musim sejuk), terasa nyaman sekali. Even bila dah sampai ke pusat bandar sekalipun, kualiti udara masih segar berbanding di Malaysia sendiri.
Percutian kitorang selama 3 hari 4 malam disana sudah semestinya dipenuhi dengan bermacam-macam aktiviti. Dari bershopping di Hard Rock Cafe sampailah bermain pasir pantai yang sejuk di Surfers Paradise, berhibur di theme park (Movie World, DreamWorld, WhiteWater World, SeaWorld) macam kanak-kanak riang, sampailah mencari souvenir di Harbour Town..senang cakap, hampir satu Gold Coast kitorang pergi. Cuma mana-mana tempat-tempat yang agak jauh tu je dah tak berapa larat nak jejakkan kaki. Penat. Lagi satu, bila malam..tak tahan sejuk. Below 10 degree celcius. Mulut bercakap keluar asap oOoOo.
Oh Berrys
Fresh dari ladang tau
Hard Rock Cafe..Wajib singgah..Checkpoint.
Jejaka kacak di Aussi
Takde lah garang mana kangaroo ni
Kat Malaysia takde ni..Portable punya
Tolong jangan berikan makanan pada monyet..eh silap..Ibis
Motor que belakang kereta..rare ni..kat Malaysia susah mau jumpa.
DVD Coca Cola ada?
Ooops..18SX..under age tengok dari luar je
Secara keseluruhannya, Hafiz dan isteri memang berpuas hati dengan trip honeymoon kali ni. Rasa tak nak balik pun ada, nak cari kerja kat sana terus. Tukang kutip buah epal pun boleh aje. Hehe.
So, bagi sesiapa yang berniat nak ke Gold Coast untuk berholiday ke, berhoneymoon ke. Hafiz memang sarankan korang supaya pergi..best. Berbaloi-baloi. Tempat tinggal dan makan minum sepanjang berada di Gold Coast tak perlu dirisaukan, memang tersangatlah senang nak dicari. Nak selesa sewa apartment, boleh masak-masak. Restoran melayu kita pun ada yang dekat untuk korang singgah makan. Cuma jangan expect harga akan sama dengan Malaysia lah. Kena darab 3.
Kat mana-mana pun mesti ada kebab
Receptionist apartment yang cute
Dan satu nasihat daripada Hafiz. Kalau boleh sebelum pergi, plan dan buat itinerary sendiri dulu. Tak perlu beli by agen, mahal. Duit tu boleh reserve untuk shopping nanti. Pengangkutan awam kat sana pun bagus. Memang punctual, on time..kalau dalam schedule tulis pukul 6 pagi bas akan sampai, memang pukul 6 pagi lah bas tu sampai. Tambang murah pulak tu. I like Gold Coast.
p/s: Anak dah besar, baru nak update travel log. Takpe, janji ada. Tapi apa-apa pun, kenangan di Gold Coast memang antara yang terbaik pernah Hafiz lalui. Kalau ada rezeki, nak bawak baby pulak kesana.
menarik sekali entry ini.. syukur dapat honeymoon di gold coast australia.. selamat bercuti di ucapkan 🙂
Rezeki lebih masa tu..sekali sekala melancong, kenal tempat orang bro. 🙂
bEstnya dapat jejak ke negara orang dengan insan tersayang, untungla…. hihihi
Memang terbaik ni bro… Dapat jalan2 negara orang… Memerlukan keberanian ni.. Hehe
memang perlu berani bro..tak kenal sape-sape pun kat sane..huhuhu
bro ingat lagi tak kat mana apartment tu??? aku nak pergi sana cari receiptionist tu la..hahahaha
ingat bro..surfers riverside..sila cari dia..hehehe
haiishh.. bile la nak ade kesempatan gi ozzie ni… cam best je!
best kak..kalau ada duit lebih, ajak family..berbaloi-baloi..boleh pegi tengok ikan paus real punya kat laut
wahh..dekat manakah ini???
kat australia bro
waah, ingin juga pergi ke Australia kalau berkesempatan
wah.. seronoknya dapat bercuti
Terus kebah demam apabila hendak ke Gold Coast. Ubat yang mujarab. 🙂
kat sana gi jengjalan pakai guide ke redah sendiri jek
balik honeymoon terus dapat anak eh?? hahahaa…lariiiikkk :p
eh blum lagi..balik tu rilek dlu jap..hehehe
Salam bro.. boleh x kasi nama or contact no or e-mail apartment tu… tq
boleh check kat sini.. http://www.surfersriverside.com.au/apartments.php ni website untuk apartment tu..boleh booking kat situ jugak. 🙂
adik…nak tanya kat apt. riverside tu berapa harga semalam?
Saya tak berapa ingat dah kak. Yang saya ingay total harga utk apartment tu rm800 untuk 5 hari 3 malam. Berbaloi-baloi.
Hi! May I have your email address please? Need to ask you abot Gold Coast trip. Hope you dont mind. Thanks 🙂
Regards,
Syuhada
syuonthedot@gmail.com
hafizmdrahim@gmail.com
nice place
Wow, serius best!