Cukur Rambut Baby Haziq

Licin kepala dia. Dogol terus aku kerjakan. Tak tahan dah rasanya tengok ada kerak-kerak (cradle cap) macam kelemumur atas kepala Haziq, aku bagitahu puan isteri jom beli shaver cream dan pencukur yang elok sikit untuk botakkan kepala dia.

Mana lah tahu kan, disebabkan kerak-kerak tu dia selalu tak tidur lena. Kalau kita yang dewasa ni pun ada kelemumur boleh jadi gatal. Betul tak?

By the way, masa cukur rambut Haziq dia diam je. Macam merelakan diri untuk kepala dibotakkan.

Abang Khair ada tengok dari jauh, tak berani datang dekat. Sebab ibu dan daddy awal-awal dah pesan duduk jauh sikit. Kang tersiku tangan tengah pegang pisau cukur, jadi satu masalah pulak. Hohoho

Bila dah botak, bersihkan kepala Haziq. Dah licin macam cermin. Dari jauh berkilat. Hehehe.

Nota: Sebelum cukur, potong dulu rambut bagi pendek. Kemudian basahkan rambut. Sapu shaver cream. Lepas tu baru cukur.  Shaver cream tu digunakan bagi mengelakkan kulit pedih (Tapi jangan pakai shaver cream yang berangin ke, pakai yang biasa je. Berangin kang melalak pula anak tu. Hahaha)

p.s: Abang Khair dulu tak pernah botak pun. Daddy pun sama.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *