Hari ni cucuk immunisasi Haziq untuk umur 2 bulan. Cucuk vaksin 3 serangkai, plus ambik sekali dengan vaksin Rotavirus Rotarix.
Kalau ikutkan jadual, dah missed schedule pun sebenarnya. Missed schedule sebab daddy dan ibu masing-masing terlupa nak bawa Haziq pergi cucuk. Sori Haziq.. T_T
Hari ini, kena pula hari daddy cuti MC dan tiba-tiba teringatkan Haziq belum vaksin, terus daddy gagahkan diri bawa Haziq ke Poliklinik UKM Kesihatan.
Jarak dari rumah, tak jauh mana pun. Dan alasan kitorang memilih untuk pergi ke sana.. sebab poliklinik itu adalah panel klinik bagi syarikat yang isteri sedang kerja sekarang. So bila dah panel klinik, dah boleh jimat sikit. Hohoho
By the way, cucuk 3 serangkai untuk baby 2 bulan ni kalau dipecahkan jenis-jenis vaksinnya adalah seperti berikut; DTaP/DT, HiB dan juga IPV.
- DTaP/DT adalah untuk Diphtheria, Tetanus, and Pertussis vaccines.
- HiB adalah untuk Haemophilus influenzae type b (Hib) vaccines.
- dan, IPV adalah untuk inactivated polio vaccines.
Ketiga-tiga vaksin ini disediakan dalam 4 dos. Dos pertama diberikan ketika baby umur 2 bulan, manakala yang berikut-berikutnya adalah ketika usia baby 3, 5 dan 18 bulan.
Tadi aku ada kata ada berikan Haziq vaksin Rotavirus Rotarix juga kan, itu pula adalah vaksin tambahan. Diberikan secara oral yakni suap ke mulut, ianya berfungsi untuk mengelakkan baby daripada terkena virus yang akan mengakibatkan cirit-birit yang teruk dan muntah-muntah yang membawa kepada kehilangan cecair badan yang teruk – sumber rujukan rotavirus vaccine, myhealth.gov.my.
Nota: Terdapat 2 jenis vaksin Rotavirus, iaitu Rotarix dan juga RotaTeq. Vaksin RotaTeq difatwa tidak halal kerana menggunakan unsur babi dalam proses penghasilannya – sumber rujukan, muftiwp.gov.my
Alhamdulillah, selesai tanggungjawab aku hari ni. Tadi waktu Haziq kena cucuk, dia menangis tak melarat pun. Cuma jerit 2-3 kali lepas tu dia dah tenang balik. Good boy. Hehehe
Next, dalam masa terdekat kitorang perlu bawa Haziq sekali lagi untuk cucuk vaksin Pneumococcal pulak. Sama macam abang Khair dulu, vaksin ini diberikan bagi mengelakkan baby daripada terkena jangkitan bakteria yang akan mengakibatkan radang paru-paru, meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), resdung (jangkitan pada sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah) – sumber rujukan pneumococcal vaccine, myhealth.gov.my
Plan sebenarnya, tadi nak bagi semua sekali harung, tapi memandangkan stok dah habis. Maka, nak tak nak kena tunggu beberapa hari lagi. Haiseh.
p.s: Ada orang marah-marah apabila kita benarkan doktor-doktor cucuk anak kita dengan vaksin, but at the same time kalau anak diorang sakit diorang akan pergi rujuk hospital juga. Macam mana tu.. Huhuhu.
owh, baru tahu rotavirus ada dua jenis. Sebelum ni IQ mati2 ingat rotavirus tu completely xhalal. boleh la ambik vaksin sampingan lepas ni utk anak. tapi ada had umur ke ek?