Pemilihan pelembut fabrik yang harum merupakan salah satu kriteria yang penting bagi aku. Tak kisahlah kalau harganya sedikit mahal, asalkan ia dapat memuaskan hati.. itu sudah cukup bagi aku.
Disamping harum, keselesaan memakai baju yang telah dicuci dan dilembutkan juga merupakan faktor yang perlu aku titik beratkan. Ini kerana terdapat sesetengah pelembut fabrik terlalu bersifat “menghakis” sehingga merosakkan kualiti asal fabrik.
Maka disebabkan itu apabila aku diberitahu bahawa terdapat satu produk pelembut fabrik yang telah dikeluarkan oleh iaitu Downy Parfum Collection, aku terus merasa teruja.
Downy telah dikenali ramai akan kualitinya yang bagus dalam memberikan lima kali kesegaran berbanding pelembut fabrik biasa. Malah, kuantiti penggunaannya yang sedikit iaitu hanya ½ penutup botol bagi setiap cucian boleh dikategorikan sebagai aktiviti yang menjimatkan.
Downy Happines, merupakan salah satu daripada varian terbaru keluaran mereka. Dirumus khas untuk musim panas, ia memberikan wangian menyegarkan yang menarik dan nyaman ketika cuaca sedang panas.
Pengalaman isteri menggunakannya beberapa kali keatas cucian pakaian-pakaian aku amat memuaskan hati. Dari jauh dapat dihidu wangian yang harum semerbak umpama seseorang memakai minyak wangi yang berjenama.
Dan untuk makluman anda semua, varian terbaru Downy ini bukan terhad kepada Downy Happiness sahaja. Terdapat beberapa varian lain dengan wangian dan fungsi yang berbeza, diantaranya ialah:
- Mystique
Wangian bunga-bungaan Timur yang mengasyikkan dan merangsang deria yang diilhamkan daripada suasana bandar Paris di tengah malam seperti yang digambarkan di dalam pelbagai filem-filem hebat Hollywood. - Passion
Wangian manis campuran buah-buahan yang diadun dengan haruman bunga-bungaan yang menawan dengan sentuhan Vanila yang hangat dan sensual. - Innocence
Wangian sejambak bunga yang disaluti haruman kasturi menyerlahkan sisi lembut dan romantik sifat kewanitaan yang sofistikated.
Secara peribadinya, dengan adanya Downy Happiness ini ia membuatkan pemakaian aku serta seisi keluarga lebih menyelesakan. Dan dari segi penjimatan perbelanjaan pula, ia sememangnya value for money. Sebotol Downy 400ml, boleh bertahan sehingga 20 kali cucian. Sangat menakjubkan.
Jadi, bagi anda yang ingin mencuba sendiri produk ini, bolehlah dapatkannya dipasaraya yang terdekat dikawasan rumah anda. Harganya cuma RM5.85 untuk 370ML, RM10.90 untuk 900ML dan RM20.90 untuk 1.8L.
Info tambahan:
- Downy adalah jenama pelembut fabrik yang dihasilkan oleh Procter & Gamble.
- Setiap varian dalam Koleksi Downy Parfum – Mystique, Passion, Innocence dan Happiness kini mengandungi Kapsul Mikro Wangian (Perfume Micro-Capsules, PMC) Dual di dalam setiap botol. Dua jenis PMC di dalam satu botol pelembut fabrik dari Koleksi Downy Parfum ini meninggalkan partikel-partikel wangian bersaiz kecil yang melekat pada fabric. Partikel-partikel kecil ini diaktifkan oleh pergerakan semula jadi pada pakaian lalu membebaskan wangian yang berlainan dan menghasilkan rangkaian bau yang berbeza.
saya dulu guna softlan.ingat botol besar dan murah lebih jimat.tapi saya salah.kerana downy lebih tahan lama.sebotol downy boleh tahan sehingga 2 bulan tetapi softlan sebulan sahaja.bau pun…mak aiii semerbak.downy mmg kesayangan saya skrg. 🙂
saya sangat suka Downy Passion
Baunya best 🙂
Hurmmm….. macam menarik jer siap ada bau wangian perfume yea….. boleh la orang bujang macam aku nie cuba nanti…..
Hehe..tak pernah cuba lagi ni..nak kena try gak..hehe
Benar sesuatu yang luarbiasa keharuman yang menyegarkan dan bersifat semulajadi membangkitkan memori terindah setelah setuhan downy innocence.