in ,

Cuci Kereta Sambil Jimat Minyak


Kereta sama seperti manusia, perlu dimandi, dibelai juga dimanja. Jika kurang belaian kasih sayangnya, silap-silap haribulan merajuklah ia.

Jadi, selepas selesai sahaja kenduri di Banting semalam..sempat juga aku singgah di Shine Shine Club. Oppss..ini bukan kelab malam, tapi sebuah pusat penjagaan kereta. Lokasinya mudah sahaja untuk dicari, didalam kawasan Giant Shah Alam.

Yang menariknya disini, dengan setiap cucian kereta ianya didatangkan dengan pemeriksaan penjimatan minyak secara percuma.

Shah alam car wash
Lambo tengah dicuci..Yeah

Pemeriksaan kereta Shell

Pemeriksaan yang merangkumi beberapa point utama antaranya pemeriksaan tekanan angin tayar dan but kereta, perancangan perjalanan yang paling menjimatkan minyak, penggunaan minyak yang betul dan pemeriksaan tarikh servis kereta yang seterusnya dan lain-lain. Fuh..memang langkah kanan betul.

Tips jimat petrol

Sedikit info tentang Shell FuelSave 95

  • Merupakan minyak ekonomi termaju Shell yang mengandungi bahan kecekapan aktif yang direka untuk meningkatkan kecekapan minyak dan menambahkan jarak perjalanan.

Satu inisiatif yang bagus oleh pihak Shell yang menganjurkan program sebegini kerana secara tak langsung ianya memberi kesedaran dan tunjuk ajar kepada pengguna jalan raya supaya dapat lebih berjimat.

Shine Shine Shah Alam
Siap sudah! Cantik menarik tertarik.

Jadi, alang-alang sesiapa yang berniat nak cuci kereta dan berminat untuk dapatkan pemeriksaan percuma, bolehlah ke tempat-tempat berikut:

  • Pavillion KL, 1M Floor
  • Mid Valley Megamall, Zone G & H
  • Pertama Complex, Basement Car Park
  • Jaya Jusco, Bukit Raja Klang, Level 2 Car Park
  • Giant Hypermarket, Kota Damansara
  • Giant Hypermarket, Shah Alam Section 13
  • Giant Hypermarket, Puchong Bandar Puteri

Pemeriksaan penjimatan petrol secara percuma oleh Shell ini berlangsung daripada 27 Oktober 2013 hingga 17 November 2013, bermula dari jam 12.00 – 7.00 malam.

Untuk lebih memahami tentang tips penjimatan minyak Shell FuelSave 95 #DesignedForLastLonger boleh layari:

  1. http://www.shell.com.my/products-services/on-the-road/fuels/shell-fuelsave.html
  2. http://www.shell.com.my/products-services/on-the-road/fuels/shell-fuelsave/shell-fuelsave95.html

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *