Kereta sama seperti manusia, perlu dimandi, dibelai juga dimanja. Jika kurang belaian kasih sayangnya, silap-silap haribulan merajuklah ia.
Jadi, selepas selesai sahaja kenduri di Banting semalam..sempat juga aku singgah di Shine Shine Club. Oppss..ini bukan kelab malam, tapi sebuah pusat penjagaan kereta. Lokasinya mudah sahaja untuk dicari, didalam kawasan Giant Shah Alam.
Yang menariknya disini, dengan setiap cucian kereta ianya didatangkan dengan pemeriksaan penjimatan minyak secara percuma.

Pemeriksaan yang merangkumi beberapa point utama antaranya pemeriksaan tekanan angin tayar dan but kereta, perancangan perjalanan yang paling menjimatkan minyak, penggunaan minyak yang betul dan pemeriksaan tarikh servis kereta yang seterusnya dan lain-lain. Fuh..memang langkah kanan betul.
Sedikit info tentang Shell FuelSave 95
- Merupakan minyak ekonomi termaju Shell yang mengandungi bahan kecekapan aktif yang direka untuk meningkatkan kecekapan minyak dan menambahkan jarak perjalanan.
Satu inisiatif yang bagus oleh pihak Shell yang menganjurkan program sebegini kerana secara tak langsung ianya memberi kesedaran dan tunjuk ajar kepada pengguna jalan raya supaya dapat lebih berjimat.

Jadi, alang-alang sesiapa yang berniat nak cuci kereta dan berminat untuk dapatkan pemeriksaan percuma, bolehlah ke tempat-tempat berikut:
- Pavillion KL, 1M Floor
- Mid Valley Megamall, Zone G & H
- Pertama Complex, Basement Car Park
- Jaya Jusco, Bukit Raja Klang, Level 2 Car Park
- Giant Hypermarket, Kota Damansara
- Giant Hypermarket, Shah Alam Section 13
- Giant Hypermarket, Puchong Bandar Puteri
Pemeriksaan penjimatan petrol secara percuma oleh Shell ini berlangsung daripada 27 Oktober 2013 hingga 17 November 2013, bermula dari jam 12.00 – 7.00 malam.
Untuk lebih memahami tentang tips penjimatan minyak Shell FuelSave 95 #DesignedForLastLonger boleh layari:
- http://www.shell.com.my/products-services/on-the-road/fuels/shell-fuelsave.html
- http://www.shell.com.my/products-services/on-the-road/fuels/shell-fuelsave/shell-fuelsave95.html
gua slaah seorang pengisi minyak tegar Shell….hu3
owh, hanya beberapa tempat sahaja ingat seluruh Malaysia.
kat banting, memang layan shell la jawabnya. hoho..
lama dah tak pergi Giant… sayangnya, perkhidmatan nih dia tak buat kat seluruh Malaysia pula…
ok, kt giant KD tu dh dkt ngn umah..sempat lg nk pegi ni..thanks for the info bro:-)
Free sapa x nk kan he he
Terbaiklaa bro ok x pakai vios? den nk angkt jugak satu agak2 bape sbulan kene?
Okay je bro..tengok pada orang la..ada orang cakap vios tak best..tapi bagi gua sedap, lancar dan smooth. bulan2 900+
Bolehla try ni…
program yang bagus ni dan semoga tetap berjalan …
dah tak suci sangat bro..malas cuci..sebulan 2-3 kali je..haha