in ,

Creative Bags By Terminus, Memang Unik


Terminus bag? Okay, first time aku dengar jenama ini. Kalau bukan kerana dijemput datang ke Grand Opening outlet mereka di One Utama tempoh hari, memang sah-sah jika orang bercerita aku tak kan tahu.

Terminus Outlet One Utama

Seriously, mula-mula aku ingatkan jenama Terminus bag ini hanyalah bag biasa yang tiada apa-apa kelebihan selain daripada reka bentuknya yang agak trendy. Tapi, rupa-rupanya tanggapan awal aku itu salah sama sekali.

First, boleh dikatakan setiap Terminus bag yang dijual didatangkan dengan ciri-ciri yang unik dan jarang-jarang ditemui pada jenama bag yang lain. Sebagai contoh, The Bright Tote ini.

Terminus The Bright Tote Red
Kredit: sunshinekelly.com
Terminus The Bright Tote
Terminus The Bright Tote (Untuk perempuan)

Direka khas dengan 4 mentol LED berwarna putih didalamnya yang akan menyala secara automatik setiap kali zip dibuka. Jika di tempat gelap sekali pun, pengguna tidak lagi perlu bersusah payah meraba-raba dalam kegelapan untuk mencari barangan didalam bag. Sangat-sangat membantu kan? Untuk pengetahuan, Terminus The Bright Tote ini telah memenangi reddot design award bagi tahun 2011.

Terminus Urban Dad Backpack

Terminus Urban Dad Backpack, bag pilihan aku. Ia direka khusus bagi golongan ibu bapa yang sering membawa barangan anak-anak kecil ke hulu ke hilir. Seperti telah mengetahui permasalahan-permasalahan yang sering timbul, rekaan Terminus Urban Dad Pack dilihat menyediakan kemudahan yang optimum bagi pengguna.

Terminus Urban Dad Backpack
Terminus Urban Dad Backpack
Terminus Urban Dad Backpack-wet tissue
Ruangan wet tissue – Letak didalam dan tarik melalui ruangan kotak kecil

Terminus Urban Dad Backpack-front

Terminus Urban Dad Backpack-inside
Ruangan yang besar

Terminus Urban Dad Backpack-accessories

Terminus Urban Dad Backpack-pad

Ia bukan sahaja didatangkan dengan susunan compartment yang menarik, luas dan detachable. Tetapi juga disertakan sekali ruangan untuk meletakkan thermos, tisu basahan (dibahagian depan) serta beberapa aksesori penting yang sangat berguna disaat-saat kritikal.

Terminus Bag pelbagai pilihan

Okay. Selain daripada dua bag yang aku ceritakan ini, terdapat juga beberapa pilihan lain yang boleh dipilih oleh pembeli. Dan yang paling penting, kesemua bag yang dijual mempunyai fungsi yang tersendiri. Tidak keterlaluan jika aku kongsikan disini bahawa ada juga bag yang boleh dijadikan bantal, ada yang direka bentuk untuk kegunaan multi-color, kegunaan eksekutif, 5 dalam 1 (travel dan kegunaan pejabat) dan juga bag khas untuk laptop sahaja.

Terminus Bag

Terminus Bag One Utama

Terminus pillow bag
Sesi demonstrasi pillow bag oleh Mr. Liew Bin, Founder dan CEO Terminus Bag
Terminus X-Series Backpack
Terminus X-Series Backpack

Well.. secara jujurnya, aku sukakan kesemua Terminus bag. Ia tampak kemas dan berkualiti, seiring dengan piawaian ataupun konsep mereka iaitu setiap bag akan mempunyai ciri-ciri 5F.

  1. Functionality (Fungsi yang pelbagai)
  2. Uniquely Formed (Design yang unik)
  3. Fashionable (Bergaya)
  4. Fun (Trendy dan sesuai kepada semua)
  5. Feels Good (Selesa)

So korang, especially perempuan.. Aku tahu korang mesti excited dengan Terminus The Bright Tote kan? Kalau yang dah jadi mak ayah pula, mesti akan pilih Terminus Urban Dad Backpack. Even wife aku sendiri pun dah bagitahu awal-awal, kalau ada rezeki nanti nak beli satu.

Then, Sekiranya korang berminat, boleh lah ke outlet mereka yang terletak di One Utama. Senang je nak cari. Ianya di level 2, berhadapan dengan Sushi Q.

Untuk alamat dan maklumat penuh mengenai Terminus Bag, korang semua boleh rujuk info yang tertera dibawah:

Terminus Bag
(berhadapan Sushi Q)
Lot S213A, Second Floor,
Promenade, New Wing,
1 Utama Shopping Centre,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor.
Email: info@terminusbag.com
Web: www.terminusbag.com
Facebook: fb.com/TerminusBag


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply
  1. creativenye diorang ni kan..memang best sangat kalau dapat handbag The Bright Tote yang ade lampu tu..takyah la susah2 nak on lampu HP kalau nak cari barang dalam gelap..:)

Leave a Reply to Mummy Dina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *