in

Copy content a.k.a Plagiarisme


Orang ada blog, dia pun sibuk nak ada blog. Orang lain sibuk bersengkang mata, memerah otak cari idea untuk buat entri baru. Dia senang-senang je copy entri orang lain semata-mata nak masukkan dalam blog sendiri. Kalau buat minor edit kat entri tu takpe lah jugak. Tapi ni apa pun tarak. Eh ter-Emo pulak saya..Hehe

Isu plagiarism ni memang tak berkesudahan, lagi-lagi dengan bertambahnya blogger-blogger baru yang buat blog semata-mata nak dapat free traffic. Pernah terjadi pada aku sendiri apabila salah satu entri aku dicopy bulat-bulat. Yang paling best bila entri tu di Ping kan di laman aggregator yang sama.

Nak katakan entry aku tu bagus sangat takde la. Tapi entry tu aku buat menggunakan akal kurniaan Tuhan. Tiap-tiap orang pun ada akal fikiran masing-masing kan. So, guna lah.

Kalau dah rasa susah sangat nak buat ayat dan nak copy jugak, Boleh. Tapi bagi lah kredit kepada owner asal. Tu namanya blogger yang beretika. Kita sendiri pun kalau ada orang ciplak harta kita, mesti lah tak suka kan. Disebabkan plagiarism ni, aku terpaksa disable kan copy text. Puas hati.


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
    • bila baca entry ko, ada baik nya bro..tapi kalo pikir tang copy bulat-bulat tu tiba-tiba hati jadi panas..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge