Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Peperiksaan online bagi jawatan Penguasa Kastam W41 bakal berlangsung tidak lama lagi. Bagi calon-calon yang terpilih untuk menduduki peperiksaan tersebut, anda dinasihatkan untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya supaya peluang yang diperolehi tidak disia-siakan begitu sahaja. Untuk memudahkan calon-calon, aku ingin berkongsi beberapa maklumat yang mungkin berguna untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.

Menerusi pautan panduan yang disediakan dibawah, anda disarankan untuk mendapatkan panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 yang baru sahaja diedarkan sebentar tadi.

Tugasan umum Penguasa Kastam Gred W41

Berikut adalah ringkasan senarai tugasan ataupun deskripsi kerja bagi jawatan Penguasa Kastam W41:

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41
MAAF, TELAH DITUTUP
MUAT TURUN REVIEW COPY PENGUASA KASTAM W41
MAAF, TELAH DITUTUP

Syarat Kelayakan Penguasa Kastam W41

Untuk melayakkan anda untuk dipanggil menghadiri peperiksaan online ini, antara kelayakan yang perlu ada bagi seseorang calon itu adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Catatan Am Mengenai Peperiksaan Penguasa Kastam W41 Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penguasa Kastam, Gred W41.

Peperiksaan ini melibatkan empat (4) kertas berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.

Format Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Berdasarkan format peperiksaan online yang telah dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia, peperiksaan bagi Penguasa Kastam W41 ini terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar kerajaan dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.

Contoh-Soalan-Pengetahuan-AM-Penguasa-Kastam-W41

Masa : 40 minit

Soalan : 50 (aneka pilihan)

  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

    1. Kemahiran Logik Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.
    2. Kemahiran Menginterpretasi Data Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.
    3. Konsep Matematik dan Akaun Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Contoh-Soalan-Matematik-Penguasa-Kastam-W41
Contoh soalan
Contoh-Soalan-Daya-Menyelesaikan-Masalah-Peperiksaan-Penguasa-Kastam-W41
Contoh soalan
Contoh-Soalan-Matematik-Peperiksaan-Penguasa-Kastam-W41
Contoh soalan
Contoh-Soalan-Daya-Menyelesaikan-Masalah-Penguasa-Kastam-W41
Contoh soalan

Masa : 45 minit Soalan : 40 (aneka pilihan)

  • Seksyen C – Ujian psikometrik / Ujian sahsiah

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. Masa : 1 jam Soalan : 200 (aneka pilihan)

Untuk memudahkan calon-calon menganalisa soalan-soalan yang bakal dikeluarkan oleh pihak SPA nanti, sekali lagi aku menyarankan anda semua untuk  membeli panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini.

Bagaimana untuk mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41

Anda boleh mendapatkannya melalui link berikut. Jualan telah pun di buka sebentar tadi. Jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan Peperiksaan SPA dan Temuduga anda. Contoh-Soalan-Peperiksaan-Penguasa-Kastam-W41 Klik link di bawah dan daftar nama anda. Cara belian akan diajar secara step by step sehingga anda berjaya mendapatkannya.

BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41
MAAF. TELAH DITUTUP

Sebagai alternatif, jika anda ragu-ragu tentang panduan ini sama ada ianya dapat membantu anda dalam menjawab soalan peperiksaan nanti ataupun tidak, anda juga boleh memuat turun dahulu review copy bagi mendapatkan idea bagaimana peperiksaan akan dijalankan.

* Untuk makluman, versi review copy merupakan rumusan ringkas daripada panduan rujukan Penguasa Kastam W41 versi penuh. Pembelian versi penuh hendaklah dilakukan sekiranya anda ingin mendapatkan mklumat yang betul-betul lengkap.

** Jualan Panduan rujukan akan ditutup pada 4hb September 2014, jadi jangan berlengah-lengah lagi untuk mendapatkannya. Siapa cepat dapat, siapa lambat rugi.

MUAT TURUN REVIEW COPY PENGUASA KASTAM W41
MAAF, TELAH DITUTUP

KANDUNGAN PANDUAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

Untuk dijadikan Panduan bagi Peperiksaan Penguasa Kastam W41, panduan ini boleh dikatakan satu-satunya panduan yang didatangkan dengan pakej lengkap yang boleh dijadikan rujukan oleh calon-calon W41. Tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa, tidak ada sumber lain yang boleh dijadikan rujukan melainkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak Tim Infokerjaya ini. Segala informasi yang terkandung di dalamnya merupakan info yang dikemaskini setiap masa, yang datangnya dari pengetahuan serta pengalaman mereka-mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan W41.

Berikut merupakan apa yang akan anda dapat sekiranya anda memiliki panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini.

  • Penerangan format Peperiksaan W41 yang menyentuh setiap pecahan Seksyen yang perlu dijawab oleh calon.
  • Huraian setiap Seksyen Peperiksaan W41 yang diperincikan.
  • Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Contoh soalan yang diberikan hanya untuk membiasakan calon menjawab soalan berkaitan perkastaman. (BUKAN soalan bocor)
  • Nota-nota berkaitan urusan perkastaman, kerjaya Kastam, Pengurusan Kastam dan nota lain yang berkaitan juga disediakan.

Lebih tepat lagi, ia merupakan PANDUAN KHAS yang dikeluarkan sebagai alat bantuan Peperiksaan calon W41. Untuk makluman calon, panduan yang pernah dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya telah banyak membantu puluhan ribu calon untuk lulus cemerlang dalam pelbagai peperiksaan termasuk Peperiksaan PTD, Pegawai Arkib, Pegawai Penerangan dan banyak lagi.

Penafian: Panduan yang diedarkan ini sama sekali bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia merupakan PANDUAN KHAS yang dikeluarkan oleh pihak ketiga sebagai alat bantuan calon Peperiksaan. Panduan yang dikeluarkan juga tiada kena mengena dengan pihak SPA MALAYSIA.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *