in

Contest SEO Eridy


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mood monday blues hari ini dimulakan dengan entri penyertaan Contest SEO Eridy.

Sebenarnya kalau diikutkan secara realitinya aku tak kenal pun blogger Eridy ni, pertama kali masuk blog dia. Tapi disebabkan aku tertarik untuk membuat ujikaji ilmu SEO yang aku peroleh daripada Kelas Master WordPress Akademi Denaihati tempoh hari, jadi tak salah sekiranya aku turut serta dalam contest SEO Eridy ini untuk memeriahkan keadaan kan?

Okay..First of all, serba sedikit tentang blogger Eridy:

  • Penulis merupakan seorang juruteknik IT yang berasal dari Sabah, berumur 24 tahun dan beragama kristian.
  • Mempunyai minat yang lebih cenderung kepada pelaburan dan juga programming.
  • Berdasarkan apa yang dilihat didalam blog penulis, blog Eridy adalah sebuah blog baru kerana entri pertama yang dikeluarkan bertarikh 7 Oktober 2013 iaitu bersamaan 2 bulan yang lalu.

Mengenai blog?

Secara peribadinya apabila pertama kali melihat blog penulis, aku tahu beliau menggunakan WordPress sebagai platform berblogging. Template yang digunakan pula adalah template Thematic yang mana template ini adalah ringan dan mengambil masa yang laju untuk load..bagus. Tetapi disebalik kelebihan itu, terdapat juga beberapa kekurangan utama yang mungkin tidak disedari oleh penulis. Diantaranya:

  1. Template yang terlalu ringkas dan kosong. Tiada penggunaan warna dan banner dibahagian header. Pada pendapat aku, header ini penting kerana ia merupakan identiti kepada sesebuah blog. Jadi untuk itu, aku sarankan supaya blogger Eridy membuat satu banner khas (jika penulis tidak gemarkan design yang meriah, cukup sekadar buat simple header seperti blog aku) untuk diletakkan dibahagian header.
  2. Dari segi SEO, meta keyword tidak dapat dikesan,
    Chkme analysis
    dan begitu juga dengan penggunaan code “display:none” pada bahagian tags adalah sesuatu yang tidak bagus di mata Google.
  3. Tiada social button ataupun social sharing plugin yang boleh membantu menyebarkan entri dan meningkatkan trafik blog.
  4. Tidak mempraktikkan penggunaan code “align justify” untuk content dan “align center” untuk gambar supaya ia kelihatan lebih kemas dan teratur.

Eh eh kejap..ini dah jadi entri review. Haha. Ahhhh..Apadahal. Dah penganjur contest SEO kata entri boleh dikeluarkan mengikut kreativiti sendiri. So, ini je lah idea yang terlintas difikiran. Review ringkas. Hehe.

Info mengenai Contest SEO Eridy

Tarikh pendaftaran penyertaan hendaklah dibuat pada 1 Disember 2013 hingga 11 Disember 2013
Tarikh contest bermula pada 12 Disember 2013 hingga 30 Disember 2013

Syarat-syarat

  • Contest berdasarkan keyword “Contest SEO Eridy
  • Entri mengikuti kreativiti tersendiri .

Hadiah

  • Tempat pertama : Wang tunai bernilai RM200
  • Tempat kedua : Wang tunai bernilai RM100
  • Tempat ketiga : Wang tunai bernilai RM80
  • Saguhati : Wang tunai bernilai RM20 x 6 pemenang

Pemenang akan dipilih berdasarkan ranking penggunaan keyword “Contest SEO Eridy” di carian Google.com (Incognito window).

Update:

Kenapa perlu turut serta dalam contest ini?

Okay..untuk menjawab persoalan ini ianya cukup mudah. SEO merupakan satu elemen penting untuk setiap blog, tanpa SEO boleh dikatakan sesebuah blog itu mustahil untuk memperoleh trafik organik yang konsisten setiap hari walaupun tiada entri baru yang dikeluarkan.

Jadi, contest SEO seperti ini merupakan pentas terbaik untuk kita mempelajari teknik-teknik SEO yang terbaik secara PERCUMA. Dan tidak dilupakan juga, sekiranya seseorang itu selalu mencanangkan dirinya seorang yang pandai SEO..inilah masanya untuk menunjukkan kejantanan. Rasanya jika dah memang pakar, tak ada masalah untuk menang kan? Untung-untung kalau dah memang pakar plus menang contest SEO Eridy, rezeki dalam blog bertambah-tambah. 🙂

p/s: Korang jangan join, senang sikit aku nak menang. Haha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

52 Comments

Leave a Reply
  1. wah, ada otai dah jeling-jeling nih yang payah nih… itu belum lagi otai yang masih belum baca entri nih… confirm ramai yang bakal join… huhu~

  2. Pengumuman…. jgn join contewt nie tau biar abg hafiz menang.. nanti dia menang dia belanja kite semua.. 🙂 good luck abg hafiz..

  3. Saudara Hafiz pun join jugak. Ramainya yg menyertai contest ini. Semoga anda berjaya nanti. Bolehlah hadiah RM200. he…he…

  4. saya rasa kalau bro eridy buat kontest review maka kejayaan itu sudah berada dalam tangan bro..

    Semoga berjaya dan saya suka theme ini…jeles i!

  5. Tak tahan tengok semakin ramai orang dah join contest ini. Dalam keadaan merangkak saya berusaha juga nak join contest ini… hikhikhik.. 😉

  6. Semoga berjaya untuk awak. Saya datang ke mari kerana kita sama-sama join contest seo eridy yang tenagh top sekarang ini. Sekian, terima kasih.

  7. Hi…salam kunjungan…saya dari contest yang sama…good luck!

    singgah sini,klik2, baca2, hehe..

    Salam kenal antara blogger.

  8. good luckk… amal pun join.. xtahu pulak pasal theme blog eridy tu ringan.. jemput singgah blog amal, nnt bgtau blog amal ringan atau x 😀 hehe

  9. Tahniah kerana berjaya menyertai contest terhebat ini. Semoga berada di kedudukan terbaik. Tidak dilupa juga agar anda berjaya. Jom sudilah terjah di entri saya pula:

  10. Salam sejahtera…. Datang kemari ingin memberi sokongan agar ianya lebih hebat dan meriah lagi. Saya juga datang pada contest yang sama. Semoga berjaya…. Jom terjah entri saya :

  11. Salam, good luck for you, mesti menang ok? sebab is tolong doakan…
    Selamat bercontest dan selamat maju jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *