in

Contest Review Tak Terkalah – Ada Apa Dengan Titan


Assalamualaikum semua..Kalau korang baca entri ini bermaksud secara rasminya gua dah join contest yang dianjurkan oleh blogger Titan. Perlu dimaklumkan bahawa penggunaan kata ganti nama diri “gua” dan “lu” adalah disebabkan gua sedang meniru style penulisan penganjur. Mana lah tahu kot-kot dengan cara ni gua boleh menarik perhatian beliau untuk bagi gua kemenangan mutlak.

Contest review tak terkalah? Peh! Nama contest yang memang gempak. Tak terlalu formal dan lebih kearah santai. Seperti yang gua mention tadi, contest ini merupakan contest simple anjuran blogger “Cendol Banting”, Encik Titan. Siapa yang tak kenal Titan, pemilik blog AhmadFaizal.Com dan juga OhCikgu.Com. Seorang blogger yang perasan kacak, berpengalaman luas dalam ilmu SEO dan mempunyai gaya penulisan yang santai dan bersahaja.

Secara peribadi kalau lu orang tanya gua sama ada gua pernah berjumpa dengan mamat Titan ini ataupun tidak? Jawapannya, gua pernah sekali face to face dengan beliau semasa berebutkan Ain Maisarah di Times Square tempoh hari..Eh silap..Itu hanya mimpi gua je. Realitinya, gua face to face dengan Titan semasa kitorang sama-sama dapat invitation untuk naik ke pentas pada malam penyerahan award MSMW2012 beberapa minggu lepas. Sekali pandang takdelah nampak tinggi mana pun mamat Titan ni, rendah daripada gua. Paras-paras leher je.

Blogger Titan

TAPI..serendah-rendah mamat Titan ni daripada gua, jangan sesekali lu orang pandang rendah terhadap kebolehan beliau. Sebabnya mamat ini ada satu kelebihan, anugerah Illahi ataupun “WOW” factor yang boleh membuatkan lu orang semua jeles tahap gaban, iaitu beliau merupakan seorang online money maker. Sebagai contoh cuba lu orang usha blog AhmadFaizal.Com, pasti lu orang akan nampak berlonggok-longgok entri tentang komisyen yang diterima daripada pelbagai program affiliate. Entri paling buat gua berbulu adalah entri ini. Dengan income sebanyak tu untuk sekali petik no wonder sampaikan ada salah satu blog beliau yang lain down untuk satu tempoh masa yang agak lama hari tu, mungkin disebabkan ada penggodam yang juga naik bulu dengan kejayaan beliau membuat duit secara online.

Kalau diikutkan pernah jugak gua private message Titan dalam Facebook bertanyakan program affiliate apa yang best dan macam mana beliau boleh buat duit secara online dengan banyak. Tapi hampeh, si mamat Titan ni langsung tak bagi jawapan. Untuk sementara waktu, gua rasa kecewa sebab Titan tak layan gua. Rasa macam orang putus cinta nak terjun bangunan bila tak dapat jawapan dari orang yang so called otai affiliate ni. Tapi itu semua taklah bermaksud si mamat Titan ni berlagak sombong, cuma mungkin beliau tak perasan message yang gua hantar (Titan, sila check PM yang lama-lama sekarang. Haha). Lagipun, kalau lu orang ni jenis yang pandai mentafsir penulisan seseorang..pasti lu orang akan terjumpa pelbagai tips yang beliau kongsikan dalam blog AhmadFaizal.Com.

Okay, cukup setakat itu review gua tentang blog encik Titan. Nak taip panjang lagi dah tak sempat, anak gua dah bangun dari tidur. Nak kena mandikan dia pulak. Harap-harap Titan tak terlalu emosi apabila baca entri pujian tahap langit ke tujuh yang gua taip ni. Oh ya..Sebelum gua terlupa. Nah gua tampal kat sini senarai penganjur dan juga penaja bersama, kang tak pasal-pasal entri gua disqualified sebab tak selitkan benda wajib ni.

-Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh Sara, Syukri Tahir, RahsiaDuitFree, IlaZainal, Blackrosehunter, dan Nuristimewa.

p/s: Gua tak tahu entri ni ikut format ke tak. Gua main taip je. Titan, gua tahu lu kacak. Tapi kalau lu kasi gua menang..makin terserlah kekacakkan lu. Serius, gua tak tipu. Hehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

59 Comments

Leave a Reply
  1. ya kah. nanti gua check. ramai sangat PM gua maa..kekadang..gua terlepas baca gak. maklumlah..gua manusia biasa gak. makan sambal belacan gua..gua bukan vegetarian macam encik pikor.

  2. wahhh tauke cendol yang kacak semakin popular..jgn lupa share resepi cendol beliau :p hahaa..gudluck buat semua peserta..

  3. sekali imbas, muka titan ni ada iras2 ambe pulak…tp selepas dikaji dgn ilmu metafizik bab ke patpuloh, ambe jauh lebih kacak berbanding dia

    tpi masuk bab metamatik, ambe langsung tak kacak..mat cendol ni mmg beratus kali ganda kacaknya..

    ok, lu titan jgn kembang lebih2 yer…hahaha

  4. sejujurnya saya kagum dengan blogger ini…seorang yang kuat blogwalking.Dikatakan pernah buat 500 link sehari.

  5. Banyak bercerita tentang hal peribadi en titan…ini kes membongkar segala aktiviti yang beliau lakukan. Pasti selepas ini mamat sendol ni tidak lagi segan silu utk cuba lari bersembunyi.

Leave a Reply to Oneblogsocial Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *