Common Problem Untuk Pemakai Cermin Mata

Common problem untuk pemakai cermin mata, kalau nak beli sunglasses mesti kena fikir berpuluh-puluh kali.

Bukannya sebab cerewet ataupun kedekut nak berbelanja, tapi sebab susah nak decide sama ada terpaksa korbankan original lense yang dah attached pada sunglasses tersebut ataupun pakai je contact lenses kalau nak bergaya.

Same case macam aku, tempoh hari kan aku ada beli Ray-Ban. Semua orang tahu lense Ray-Ban memang berkualiti.

Tetapi berkualiti pun tak akan ke mana juga kalau tak ada power yang boleh support eye vision aku. Untuk makluman, power untuk kedua-dua belah mata aku 300+.

So, nak tak nak kalau nak pakai Ray-Ban juga, terpaksalah buat decision untuk tukar je lense baru menggunakan powered lense. Index kena ambil yang tinggi supaya tak nampak tebal sangat (index 1.60 keatas).

Tukar lense Ray-Ban

Ok lah kan, merasa pakai Ray-Ban tanpa menghadapi situasi rabun. Sebab, kadang-kadang rasa rimas juga pakai cermin mata biasa dengan photochromic lense. Sekali sekala nak juga melaram. Hahaha.

Note: Kos tukar tinted powered lenses untuk Ray-Ban, dalam RM300 (bukan polarized). Kalau polarized anggaran dalam RM500+. Color totally sama macam asal. – Lokasi IOI City Mall.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

14 Comments

Leave a Reply
  1. emmm sayangnya mata dah kurang nampak ni, tu lah nak buat camne…kalo nak ikhtiar boleh cube vivix, carotomax dan coq hihi…

    mungkin sampai 1 mase kite akan cari jalan selesaikan root problem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Patung Figurin BoBoiBoy Limited Edition Untuk Khair

Borong Hijab Di Roadshow Hijabey 2015