in

Climate Change, Punca Bongkah Ais Terbesar Di Antartik Retak Dan Mungkin Juga Punca Penerbangan Anda Tertangguh


Global warming is real guys. Dua tiga hari ini dunia dikejutkan dengan satu kejadian dimana terdapat rekahan bongkah ais sebesar Pulau Bali (yang mana saiznya lebih daripada 2,200 batu persegi dan beratnya satu trilion tan) yang berlaku di Antartik, menyebabkan permukaan ais di benua itu semakin mengecil.

Sumber: Washingtonpost.com

Hari ini pula aku ada terbaca satu portal berita luar negara yang berkongsikan info bahawa, ada kajian yang mengatakan perubahan cuaca yang disebabkan oleh kesan rumah hijau ini boleh menyukarkan lagi kapal terbang untuk beroperasi seperti biasa.

Kajian yang dibuat keatas lima jenis kapal terbang di 19 buah lapangan terbang utama dunia menunjukkan, secara purata 10-30% daripada penerbangan tahunan yang berlepas pada suhu terpanas setiap hari mungkin memerlukan pengurangan jumlah berat muatan di antara 0.5 hingga 4%.

Hal ini terjadi kerana berlakunya masalah ketumpatan udara, dimana apabila udara menjadi panas, ia menjadi kurang padat. Dan untuk sesebuah pesawat berlepas dalam keadaan suhu yang panas ini, sesebuah pesawat itu perlu berada pada kelajuan yang lebih tinggi dan ringan berbanding ketika ia hendak berlepas di dalam suhu udara yang lebih sejuk.

Bukan itu sahaja; Apabila suhu udara meningkat, setiap penerbangan yang ingin dilakukan haruslah disertakan dengan landasan yang lebih panjang supaya mendapat daya tujahan yang secukupnya.

Maka, impak kepada orang ramai akibat daripada permasalah ini adalah, akan timbulnya perkara-perkara yang kita kurang ingini, seperti;Pembatalan atau penjadualan semula masa penerbangan oleh kerana suhu luaran yang tinggi, dan berkemungkinan juga syarikat-syarikat penerbangan perlu membuat penstrukturan semula strategi penentuan harga tiket dan caj tambahan bagi bagasi penumpang dek kerana permasalahan ini. – sumber engadget.com

Aduhai, banyak benda yang bersangkut paut bila melibatkan climate change ni kan. Jadi, demi kelangsungan hidup anak-anak dan cucu cicit kita kelak, apa kata kita pakat-pakat jaga alam sekitar kita ni elok-elok. Together we can make a difference.

Baca juga: Rumah cekap tenaga di Melaka ini dijana kuasa menggunakan tenaga solar.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *