Benda yang aku selalu takut berlaku pada Khair datang menyerang lagi.
Siang tadi, tiba-tiba Khair muntah masa nak pergi beraya di rumah terbuka Azfar9897 (Ujang).
Pada sangkaan awal aku ingatkan kes muntah biasa. Tapi bila menghala ke petang, muntahnya makin menjadi-jadi. Sekali pakej dengan cirit birit.
Hmm..tiba-tiba stress.
Ini kalau aku bawa jumpa doktor di KPJ, sah-sah akan kena tahan wad.
Punca Khair muntah, tak dapat aku kenal pasti. Nak kata tersalah makan, malam sebelum tu dia makan sama makanan dengan aku.. bihun goreng.
Mungkinkah disebabkan kualiti air yang tercemar lagi macam kes Khair yang dimasukkan ke wad beberapa bulan yang lalu? Aduhai.. bersabar je lah.
Moga cepat sihat.
Anak anak memang sensitif dengan perubahan cuaca
Lagipun sekarang ni musim denggi
Kes air tercemar pun boleh jadi macam ni..sama yang jadi pada kami sekeluarga masa hari raya baru ni..kena bawak juga gi hospital ni Hafiz..nanti melarat lagi susah…
Atau cuba bagi air 100 plus dulu ke..hanya cadangan..
Semoga Khair cepat sembuh..
Cirit dan muntah. Kemungkinan tersalah makan tu. Harap2 khair cepat pulih. Ameen.
Pepun..harap khair terus minum air utk elak dehidrasi…
Alahai , keciannya. Bawa la gi jmp doktor.
Dah sihat ke anak ?… harap semuanya ok. Salam #kelabbloggerbenashaari
Belum sepenuhnya bro. Muntah dah xde. Cirit je tinggal
Emm dugaan macam ni kadang2 tu menyentuh hati dan perasaan….semoga lekas sembuh yer..
alahai..siannye khair..kitorang pun 1 family kene gak masa 1st raya baru ni..bile tengok budak2 melepek tu rasa kesian sangat..