in

Cirit-Birit, Muntah-Muntah Akibat Virus Durjana


Dah agak dah, bilamana Khair muntah-muntah dan terkena cirit birit, confirm tak lama selepas itu dia akan kena tahan di wad.

Kes yang lebih kurang sama dengan kes yang sebelum ini, cuma ianya lebih teruk berbanding dulu.

Semalam di KPJ dapat result check darah. Kata doktor, kandungan garam dalam badan Khair berkurang. So, untuk kembalikan bacaan kandungan kepada bacaan normal terpaksalah pihak hospital memasukkan garam melalui tiub air yang dicucuk pada tangan.

Khair cirit birit masuk wad

So far, bila dah masukkan air dan garam malam tadi, baru nampak ada sedikit improvement. Berak cirit semasa tidur dah tak ada. Lega..

Tapi doktor yang selalu in-charge untuk jaga Khair setiap kali dimasukkan ke wad masih berpesan pada aku supaya belikan Khair susu tanpa laktosa. Katanya susu jenis ini dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhannya.

Khair berselera makan
Pagi ni baru ada selera sikit nak makan

Well.. Apa-apa sajalah nasihat doktor, akan aku ikutkan saja asalkan Khair cepat sembuh. Kalau boleh sebenarnya tak nak dia ditahan dalam wad lama sangat. Sebab.. Satu, bosan. Kedua, aku dah tak sanggup nak tengok Khair menangis setiap kali nurse datang masuk bilik untuk masukkan air.

Kawan-kawan semua, mohon doakan Khair cepat sembuh ye.

p/s: Kali ni terpaksa masuk twin room, wad semua penuh. Kalau tak boleh je dapat single/suite room.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply
  1. masa nak cucuk je sakit. bila masuk air, tak rasa sakit sangat. rasa sejuk aje. tapi bila masuk ubat..time tu la yang meraung nya. haha

  2. semoga cepat sembuh ye Khair..
    Tak sampai hati tengok bila budak-budak kene cucuk masa pasang drip coz kita yang dewasa pun rasa sakit..apath lagi diorang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *