Cirit-Birit Melarat


Hari ni kerja dari rumah je. Kerja pun buat kerja-kerja online yang tak melibatkan kerja hakiki di pejabat. Sebabnya, aku cirit-birit. Tak tahulah apa puncanya.. nak kata tersalah makan macam bukan. Sebab dalam rumah aku sorang je yang kena macam ni.

Khair ada sakit perut cirit birit juga sabtu lepas. Tapi sekejap je. Lepas makan pil chit kit teck aun, terus perus dia okay.

Tapi.. bapak dia ni haa.. Pil chit kit teck aun tak jalan, pil klinik pun tak jalan. Cirit pulak jenis yang keluar air je, dah macam ada pili air kat tuuttt. Hahaha.

Apa-apapun, hari ni dapat MC macam okay jugak. Dapat rehatkan badan. Cuma doktor pesan, kena hold dulu makan pedas, kena hold juga makanan berminyak. Supaya perut boleh rileks.

Tadi sambil-sambil berehat kat rumah sempat lah buat air teh O pekat pengubat cirit-birit. Petua tradisional tu. Hopefully, lepas ni perut dah tak meragam. Seksa juga cirit-birit ni. Penat berulang alik ke tandas. Habis kering air dalam badan. Hohoho



TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini