Cipta Thread Dengan Mudah Di Twitter Dengan Kemaskini Yang Terbaru


Perkongsian di Twitter yang memerlukan seseorang untuk tweet ayat-ayat yang panjang seperti karangan dibantu dengan penambahan had kepada 280 aksara yang dikeluarkan oleh pihak Twitter bulan lepas.

Menambah lagi keseronokan pengguna dalam mencipta bebenang karangan, kini pihak Twitter mengeluarkan kemas kini terbaru yang mana fungsi mencipta bebenang “thread” diwujudkan didalam aplikasi tersebut.

Cara untuk menggunakannya sangat mudah. Korang hanya perlu menaip tweet yang pertama, akan tetapi sebelum memuat naik tweet tersebut, dibahagian bawah kanan akan tersedia ikon “+” yang mana apabila ditekan akan terbuka option “Add another tweet”.

Korang boleh menaip sebanyak mana tweet sambungan untuk membina thread dan sejurus selesai menaip, korang hanya perlu menekan “Tweet all” dibahagian atas kanan. Contoh rujukan adalah seperti didalam rakaman video dibawah.

Jadi, apa pendapat korang? Yeay or nay?

p.s: Mungkin lepas ini laman web pihak ketiga seperti Chirr App yang berfungsi untuk membantu pengguna mencipta thread akan berkubur.



TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini