Cik Ponti Kebaya Merah Main Kasar.. Pancit Tayar Aku!


Tengah-tengah sedap pandu kereta sambil layan lagu Sufian Suhaimi. Tiba je exit tol Bangi, betul-betul kat corner.. tiba-tiba berbunyi “tunggg!”. Kuat dibahagian tayar belakang diikuti dengan bunyi yang kurang enak macam kain yang tengah melibas.

Aku bagi emergency light, motor yang lalu lalang kat tepi kereta semua pandang semacam. Dalam hati, sah.. mesti ada yang tak kena ni.

Turun daripada kereta, bergegas tengok keadaan tayar..

Demm.. tepat sekali tanggapan aku. Tayar bocor.

Bocor itu bagi aku tak adalah pelik sangat. Cuma yang pelik, mengejutkan tambah memanaskan hati aku bilamana punca tayar aku bocor adalah skru yang mencucuk tayar aku.

See..

Ini namanya bapa segala skru. Lebih panjang dari jari hantu aku. Tak sure la siapa punya. Sama ada disengajakan letak atau terjatuh dari kenderaan. Cuma aku berharap ianya bukan kepunyaan cik ponti kebaya merah.

Habis koyak tayar TOYO NanoEnergy 3 yang baru aku pakai 6 bulan..

Grrr.. Dah la tiap-tiap petang aku rushing nak kena ambil anak bini aku. Jadi kes macam ni, tiba-tiba jadi instant MacGyver. Buka boot, ambil tayar spare. Jack kereta, tukar tayar yang dah bocor. Below 10 minutes, siap! Rekod peribadi. Heh.

By the way, untuk beberapa saat sebelum tu aku tertunggu-tunggu juga in case ada bantuan yang muncul sambil bawa bendera parti masing-masing.

Tapi.. hampa. Harapan tinggal harapan. Survive sendiri jawabnya. Hehehe. Tetiba selit politik kan. ;p

p.s: Difahamkan kalau tayar bocor disebabkan benda-benda tajam macam ni, PLUS tak bayar ganti rugi. Hmm.. baru bajet boleh claim. Melayang duit.



4 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini