Hari minggu yang lalu, aku meluangkan masa bersama beberapa orang rakan blogger untuk melawat sebuah tempat yang cukup unik dipanggil Chocolate Museum.
Sebelum ini, tak pernah terlintas difikiran aku untuk tahu akan kewujudan tempat yang menghimpunkan produk-produk coklat terkemuka di dunia dibawah satu bumbung. Hanya setelah berkongsi maklumat bersama rakan-rakan blogger yang lain, barulah aku sedar bahawa Chocolate Museum ini telah wujud di Malaysia sejak tahun 2013 lagi.
Chocolate Museum ataupun dalam bahasa melayunya Muzium Coklat, terletak di hujung bandar Kota Damansara. Jika dikira jarak perjalanannya dari rumah aku (di Bandar Baru Bangi) ke sana, dengan pemanduan kereta ianya memakan masa hampir 1 jam untuk tiba ke destinasi.
Lokasinya mudah dicari, namun bagi pengunjung yang pertama kali datang ke kawasan ini, disarankan untuk menggunakan applikasi telefon pintar Waze kerana keadaan permukaan jalan disana yang agak teruk dan tidak teratur dek kerana projek pembinaan MRT, mungkin akan menyebabkan anda mudah keliru dan sesat.
Tarikan Chocolate Museum Kota Damansara
Pertama kali menjejakkan kaki kesini sudah tentulah aku cukup teruja apabila tiba di satu tempat yang kelihatannya seperti syurga coklat.
Pengalaman memasuki bangunan muzium ini (free entrance), benda pertama yang anda akan temui sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam bangunan ialah replika seekor lembu susu yang besar. Sebesar lembu susu di New Zealand yang cukup sinonim dengan produk tenusu.
Berhampiran dengannya terdapat satu skrin yang menayangkan dokumentari berkenaan dengan koko dan coklat serta tak dilupakan disatu sudut berhampiran, anda juga akan dapat melihat replika sebuah pokok koko serta longgokan guni yang diisi penuh dengan biji koko yang telah dikeringkan.
Ahaa.. Untuk makluman, biji koko yang dipamerkan adalah biji koko yang sebenar ya.
Jika diambil sebiji daripada biji koko itu dan dikupas kulitnya, anda akan dapat melihat rupa “coklat” yang sebenar sebelum ia diubah bentuk menjadi coklat yang anda makan setiap hari.
Sedikit fakta kesihatan mengenai coklat;
Pengambilan coklat (dark chocolate) setiap hari mampu meningkatkan daya ingatan seseorang dan mengurangkan masalah nyanyuk.
Menerokai Muzium Coklat Pertama di Asia Tenggara
Kunjungan aku kesana atas tiket jemputan media membawa aku dan rakan blogger untuk menerokai sendiri dunia coklat yang sebenar.
Ditemani oleh seorang kurator disana (difahamkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini akan diiringi oleh seorang kurator muzium), kami diberi penerangan lengkap melalui konsep 3E iaitu Education, Experience, dan Enjoyable tentang sejarah-sejarah penghasilan coklat serta kebaikan mengambil coklat sebagai diet harian.
Jangan tak tahu ya, coklat (dark chocolate) boleh mengurangkan kolestrol didalam badan.
Sepanjang program ini diadakan, kami bukan sahaja berpeluang untuk mempelajari sejarah asal usul coklat. Malah, kami juga dapat melihat sendiri teknik pembuatan coklat homemade oleh chef-chef disitu, dimana pada sesi demonstrasi dijalankan kami turut dibenarkan untuk merasai setiap coklat yang baru siap dibuat.
Tak sangka, rupa-rupanya mudah je nak buat coklat homemade. Hohoho.
Coklat Berkualiti Tinggi Dengan Harga Yang Lebih Murah
Dikenali sebagai muzium tidak mengehadkan mereka untuk menyampaikan info-info mengenai sejarah coklat sahaja.
Disini, satu perkara yang harus anda semua tahu tentang Chocolate Museum ialah, disamping mereka juga merupakan stor jualan yang membolehkan anda untuk mendapatkan produk-produk coklat yang berkualiti tinggi dengan harga yang murah, mereka juga iaitu (DR Group Holdings Sdn.Bhd, syarikat yang menguruskan Chocolate Museum) adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam mengedarkan serta menjual coklat-coklat berkualiti ke airport-airport utama di seluruh Malaysia.




That’s why coklat dekat airport sedap. Coklat berkualiti lah katakan.
Selain daripada mengimport, mengedar serta menjual coklat-coklat berjenama dari luar negara, mereka turut mengeluarkan coklat berjenama sendiri.
Setanding kualitinya dengan coklat-coklat import yang lain, 4 jenama keluaran mereka ialah Danson dan Milton, iaitu coklat yang dibuat melalui teknologi mesin. Manakala, Farrel dan Fidani pula lebih eksklusif kerana dibuat secara buatan tangan (handmade).
Coklat Fidani sangat sesuai dijadikan sebagai doorgift majlis-majlis keraian, disamping rasanya yang sedap, packaging-nya juga cantik-cantik.
Difahamkan kepada kami, bagi mereka yang berminat untuk membuat lawatan ataupun rombongan ke muzium coklat ini, pihak Chocolate Museum amat mengalu-alukan kedatangan anda. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada email rasmi mereka iaitu chocolatemuseum@drgroup.com.my ataupun hubungi mereka di talian 03-7490 4260.
Nota tambahan:
Sejak dibuka kepada umum pada tahun 2013, setiap tahun Chocolate Museum tidak pernah gagal dalam mengadakan jualan gudang sebanyak 2 kali setahun (sebelum Tahun Baru Cina dan sebelum Hari Raya AidilFitri). Jadi, disebabkan Tahun Baru Cina bakal tiba tidak lama lagi, sila tandakan kalendar masing-masing ya kerana terdapat lebih daripada 30 jenis coklat akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya.
Jualan gudang yang akan dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang akan berlangsung di Chocoloate Museum, beralamat seperti berikut:
No.2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor
Kemasukan adalah percuma.
Info lanjut, layari laman web www.chocolatemuseum.com.my ataupun laman FB – Chocolate Museum. Official Instagram account @chocolate_museum_kd.
Ish.. sedap daim
penggemar tegar coklat tapi tak boleh amik coklat sekarang huhuuu berpantang jap…hukkkk…
Saya ini penggemar coklat juga ini. Kalau ke W.P Labuan ja memang akan beli coklat banyak. Kalau ada rezeki dan masa memang saya akan lawat tempat ini.
Bestnya…!!! Suka chocolate
boleh pi sana ujug bln nanti.. grab cekelat banyak².
nak yang kerang tuuuuu pleasee pleaseee
Tak sabar nak ajak kakak pergi sini.. kitorang memang hantu choclate. Heheheh
Wah, pasti ramai yang menyerbu cocolate museum ni…jangan ada yang panjat pagar sudah la..hihi
Sedapnya!!! jelous sangat…
Tak pernah tau pun ada choc museum ni. Thanks for sharing
tu dia.
sana-sini nampak coklat eh.
bak coklat daim sebungkus wehh.
oh hari ini baru start sale , mujur datang singgah sini
wahhh bagus nya museum nya..