in ,

Chlorophyll SURYA, Alternatif Untuk Anak Yang Tak Suka Makan Sayur


Masalah tak makan sayur memang sinonim dengan kanak-kanak. Bahkan bukan anak orang melayu je tak makan sayur, tapi kalau tengok video-video kat Youtube.. anak mat saleh, anak Korea, anak Jepun,kebanyakannya menolak untuk makan sayur. Cuma, bagusnya budaya-budaya orang yang menetap di negara-negara maju ni bila mereka ada kesedaran dan beri penekanan kepada anak-anak supaya mula makan sayur di usia kecil, so that’s why lama-lama anak diorang boleh terima makan sayur-sayuran macam tu.

Tapi kita di Malaysia ni lain pulak ceritanya. Walaupun bukan semua, tapi ada segelintir mak bapak yang mengambil sikap tak endah kepada sikap anak-anak tak nak makan sayur. Lebih-lebih lagi bila anak-anak menolak tiap kali disuakan sayur, mereka menganggap itu perkara biasa yang lama-kelamaan menyebabkan anak meningkat dewasa pun masih bersikap denial terhadap sayur. Dalam fikiran anak-anak ini mereka akan beranggapan bahawa makan sayur itu tak sedap.

Well.. enough said. Nak bebel banyak-banyak pun tak guna kalau mak ayah sendiri yang tak bertindak. Betul tak? Anak-anak tak makan sayur, maka ada zat-zat nutrisi penting yang kurang dalam sistem tubuh badan.

So, macam mana nak elakkan daripada anak-anak terus kekurangan zat-zat dan nutrisi penting daripada tumbuhan ini sekiranya diorang sendiri tak nak makan sayur?

Ahaaa.. korang pernah dengar jus Chlorophyll SURYA tak?

Yes. Produk jus macam dalam gambar ni. Actually ianya semacam jenis kordial jugak. Untuk minum harian, minuman multivitamin. Korang bancuh sikit dengan air masak, kacau-kacau dengan sudu lepas tu minum. Macam yang aku demo dalam video ni.

Kelebihannya minum Chlorophyll SURYA tak lain tak bukan, ia adalah untuk membekalkan zat nutrisi yang wujud dalam sayur kepada mereka yang meminumnya. Selain fungsi utamanya kepada pokok yang menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis, kelebihan klorofil pada tubuh badan manusia pulak, ianya berupaya untuk membantu membersihkan badan, melawan jangkitan kuman, membantu menyembuhkan luka, dan menggalakkan kesihatan sistem peredaran darah, penghadaman, imunisasi dan detox.

Chlorophyll SURYA hadir dengan dua pilihan perasa

Untuk mengelakkan ianya kelihatan terlalu “sayur”, Chlorophyll SURYA ini hadir dengan dua pilihan rasa iaitu peach dan lychee. Bergantung kepada korang suka yang mana, setiap pilihan ada rasanya yang tersendiri.

Macam aku yang tak gemar buah peach, aku prefer untuk beli yang Lychee. Sama jugak macam Khair, seumur hidup dia tak pernah lagi makan buah peach. Jadi untuk mengelakkan risiko dia tak minum yang perasa peach, aku beli je perasa buah lychee yang suka makan.

Chlorophyll SURYA untuk kanak-kanak je ke?

Oh tak, saja aku highlight kan produk ini untuk anak-anak yang tak suka makan sayur. Tapi sebenarnya kalau korang yang dewasa ni nak minum juga tak ada masalah. Sebabnya ia masih memberi manfaat kepada mereka yang mengamalkannya, diantaranya ialah mengurangkan masalah bau badan dan nafas berbau, juga menjadikan kulit lebih cantik, cerah dan bebas jerawat.

So, kalau korang nak rasa sendiri macam mana bestnya Chlorophyll SURYA ni, ianya boleh dibeli melalui cawangan Watsons yang terdekat. Ataupun jika korang malas nak keluar dari rumah boleh je beli secara online di www.mynaturaloption.com.

Untuk pertanyaan lebih lanjut atau sebarang promosi terkini, korang boleh layari laman sosial mereka di:

Nota: Bahan utama yang terkandung dalam Chlorophyll SURYA adalah ekstrak daun Mulberry yang dikenali sebagai pokok yang jauh dari serangan serangga perosak. Tau pokok Mulberry tak? Kalau tak tau, mesti korang tak layan Didi & Friends. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply
  1. lepas ni tak jugalah ibu bapa risau sangat bila anak tak makan sayur… cuba bagi minum ubat ni je… ahahaha… tapi apa2 pn usahakan anak-anak untuk makan sayuran yang segar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge