Checklist Khair Nak Masuk Darjah 1


Tak sampai seminggu lagi untuk Khair enjoy cuti sekolah. Lepas ni akan masuk zaman sekolah rendah pulak. Jujurnya bagi aku yang kali pertama anak masuk sekolah rendah, terasa macam terlebih excited pun ye jugak bila hari-hari fikirkan persediaan dia nak masuk sekolah.

Kasut sekolah.. checked.

Baju sekolah.. checked.

Beg sekolah.. checked.

Buku sekolah pun.. checked.

Pendek kata persediaan peralatan sekolah semuanya almost complete. Cuma bab kasut, baru beli sepasang. Sengaja aku beli sepasang sebab nak tunggu kot-kot Khair ada terminat design lain yang lagi sepasang. So, bagi dia pilih je nanti. Mungkin beli esok lusa. Hohoho.

By the way, orientasi Khair mula sabtu ni. Dia pun bila ditanya sama ada excited ke tak, nampak macam tak sabar semacam dah.

Almaklumlah. orang terlebih friendly ni.. seronok nak dapat kawan baru tu macam dapat mainan. Risau je aku nanti teman dia pergi sekolah, dihalaunya aku balik. Harap-harap tak gitu la kan. Hahaha.

Well.. alang-alang korang dah baca entri aku pasal pergi sekolah ni kan, just nak share juga checklist untuk memudahkan korang buat persiapan anak-anak nak masuk sekolah.

Perbelanjaan sekolah

  • Yuran Sekolah Kebangsaan
  • Yuran Sekolah Agama / KAFA

Perbelanjaan pengangkutan

  • Van
  • Bas sekolah

Perbelanjaan kelengkapan sekolah

Baju Sekolah KAFA

  • Baju Melayu – 2 pasang
  • Kain Samping – 2 helai
  • Songkok / Kopiah – 2

Baju Sekolah Kebangsaan

  • Baju Kemeja Putih – 3 helai
  • Seluar Biru – 3 helai
  • Seluar Sukan PJ – 2 helai
  • T-shirt Putih PJ – 2 helai
  • Tali Leher ( beli di sekolah)
  • Kasut Sekolah (hitam atau putih) – 3 pasang
  • Stokin (hitam atau putih) – 5 pasang

Lain-lain keperluan

  • Tali Pinggang – 1 (beli kat pasar malam je)
  • Singlet
  • Beg Sekolah
  • Dompet (cari yang ada zip letak duit syiling)
  • Alat tulis – beli borong, nak murah beli kedai RM2 je.
  • Nametag anak
  • Botol Air
  • Bekas makanan
  • Jam Tangan

Selain daripada checklist ni, kena ambil tahu tips persediaan masuk sekolah darjah 1 juga. Bukan apa, supaya memudahkan urusan anak-anak juga nanti. Haa.. untuk yuran sekolah pastikan standby seawal mungkin. Aku tak tahu berapa kena bayar, tapi tu rasanya bergantung pada sekolah kot. Anggaran ratusan ringgit jugak. Correct me if I;m wrong.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini