in

Cerita Tentang Ikan Guppy


Spesis ikan guppy ni memang betul-betul buat aku kagum. Letak dalam akuarium tanpa letak anti klorin dan filter pun selamba je boleh hidup. Tak macam sesetengah ikan perhiasan lain, manja gilos.

Nak beli pun.. harga ikan guppy ni tak mahal. Seekor cuma RM2-3 je.

Tapi nak dijadikan cerita semalam, first time juga sebenarnya bila tahu ikan guppy ni jenis ikan pemangsa yang tak bertamadun. Ceritanya bila.. Pagi semalam, kitorang betul-betul excited apabila jenguk dalam akuarium, 2 ekor ikan guppy dewasa yang baru saja dibeli telah ada anak.

Bilamasa keluar pun tak tahu. Tapi boleh kata, penuh satu akuarium. Anggaran dalam berpuluh ekor.

Tapi yang menyedihkan kitorang..

Apabila balik saja dari kerja.. Jenguk dalam akuarium, dah tinggal 4 ekor anaknya.

Dalam hati.. Demmm.. Hilang! Tapi nak hilang macam mana. Duduk dalam akuarium je kot.

Tak puas hati punya pasal.. Aku, isteri dan juga Khair, setia duduk di tepi akuarium sambil memerhati tingkah laku ikan-ikan guppy tersebut. Dan.. tak lama selepas itu, kebenaran akhirnya terbongkar.

Ikan guppy dewasa yakni mak bapak kepada anak-anak ikan guppy tadi, rupa-rupanya dengan selambanya memakan anak-anak mereka. Pantang lalu depan mata, terus kena ngap.

Adoyai.. patutlah hilang.

Kecewa betul abang Khair. Baru je ikan dia dah banyak, dah tinggal sikit balik. Hahaha.
By the way, selepas kejadian tersebut. Aku ada buat sedikit research mengenai ikan guppy.

Sumber gambar: wikimedia.org

Berikut merupakan fakta yang diketahui:

  • Ikan guppy jantan lebih cantik daripada ikan guppy betina.
  • Ikan guppy ni jenis ikan yang beranak bukan bertelur.
  • Tiap kali bunting, ikan guppy boleh melahirkan 25 hingga 200 anak ikan guppy yang dipanggil fry. Tapi bergantung kepada situasi, selalunya hanya 10-35 fry sahaja yang berjaya hidup hingga dewasa.
  • Seawal usia sebulan setengah, ikan guppy dah boleh melahirkan anak. Tapi selalunya anak yang dilahirkan ketika usia ini selalunya tidak sihat. Ikan guppy yang normal biasanya melahirkan anak pada usia 3-4 bulan.
  • Ikan guppy membiak dengan pantas, disebabkan itu ia digelar Million Fish.
  • Ikan guppy adalah omnivor. Selain makan alga, mereka juga makan jentik-jentik (Haa.. elok sangat bela untuk elakkan nyamuk membiak).
  • Ubat yang terbaik untuk mengubati ikan guppy yang sakit adalah kacang peas yang dibuang kulitnya (Senang nya.. hahaha).
  • Ikan guppy dianggarkan boleh hidup selama 1-3 tahun.

p.s: Dah tahu sikit-sikit pasal ikan guppy terus rasa semacam addicted pulak untuk bela lebih banyak. Nanti nak try mix and match jenis guppy yang berlainan, sebabnya aku terbaca info dari web luar yang mengatakan “You can customize their color by putting the best male with the best female“. Huhuhu


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to mamapipie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *