in

Cat Jalan “Glow In The Dark” Kini Di Malaysia


Pernah viral di luar negara, namun kini ianya direalisasikan di negara kita apabila cat jalan “Glow In The Dark” atau “bercahaya dalam gelap” telah mula digunakan di persimpangan Jalan Sg Lalang Batu 19 dan Jalan Sg Tekali Batu 16 Semenyih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat sebagai projek rintis.

Melalui satu hantaran bergambar di Facebook yang dimuat naik oleh Jabatan Kerja Raya Hulu Langat, mereka memaklumkan bahawa “Cat jalan yang “bernyala dalam gelap” ini adalah cubaan projek rintis kami dalam membawa inovasi ke dalam kejuruteraan jalan,”.

Penggunaan cat ini dipercayai dapat membantu pemandu untuk melihat jalan dengan lebih mudah seterusnya dapat mengurangkan risiko kecelakaan. Ini kerana pemandu dapat melihat cat berkenaan mengeluarkan cahaya berwarna hijau ketika dalam memandu dikawasan gelap pada waktu malam.

Sebagai permulaan, cat jalan “bercahaya dalam gelap” ini diletakkan di sepanjang jalan yang berukuran 490 meter. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang turun melawat kawasan, pihaknya akan melihat dan menilai dengan lebih mendalam bagi projek rintis ini untuk dilaksanakan dengan lebih menyeluruh kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Bagi mereka yang ingin melihat sendiri bagaimana cat glow in the dark ini berfungsi, boleh kunjungi kordinat 3.093245, 101.894864.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *