Fungsi memainkan video secara automatik (autoplay) ketika melayari Facebook dan Twitter kadang kala menjengkelkan kita. By default, fungsi ini diaktifkan bagi membolehkan Facebook dan Twitter mencapai jumlah penonton yang lebih tinggi kepada pihak penyedia kandungan video tersebut dan juga pengiklan.
Namun, disebabkan ada sesetengah video yang dikongsikan adalah perkongsian tidak berilmiah dan hanya membazirkan kuota data plan, maka tidak semua orang menyukai fungsi ini.
Jadi, sekiranya korang terfikir untuk menghentikan fungsi tersebut, berikut adalah panduan yang boleh digunakan bagi menyahaktifkan fungsi autoplay.
Nyahaktif fungsi video autoplay Facebook
Untuk desktop
- Dibahagian hujung atas kanan, klik anak panah ke bawah. Pergi ke Settings
- Kemudian disebelah sidebar kiri paling bawah, pilih Videos
- Pada bahagian tetapan Auto-play videos, sila tukarkan pilihan kepada Off
Untuk iOS
- Didalam aplikasi Facebook, cari dan klik pada ikon menu hamburger (ikon 3 line).
- Kemudian pergi ke Settings > Account Settings > Videos and Photos > Auto-play, dan pilih Never Autoplay Videos. *Boleh juga ditetapkan video hanya dimainkan secara auto ketika disambungkan pada Wi-Fi.
Untuk Android
- Didalam aplikasi Facebook, cari dan klik pada ikon menu hamburger (ikon 3 line).
- Kemudian pergi ke App Settings > Autoplay, dan pilih Never Autoplay Videos. *Sama seperti iOS, boleh juga ditetapkan video hanya dimainkan secara auto ketika disambungkan pada Wi-Fi.
Nyahaktif fungsi video autoplay Twitter
Untuk desktop
- Dibahagian atas kanan, klik pada avatar (gambar profile) korang, kemudian pilih Settings and Privacy.
- Scroll kebawah dan lihat pada bahagian Content > Video Tweets, untick pada Video autoplay.
- *Atau boleh juga pergi ke bahagian Accessibility > Video Tweets, untick pada Video autoplay.
- Save changes (korang akan diminta memasukkan kata laluan sekali lagi untuk mengesahkan penukaran tetapan).
Untuk iOS dan Android
- Didalam aplikasi Twitter, dibahagian atas klik pada avatar (gambar profile) korang, kemudian pilih Settings and Privacy.
- Pergi ke Data Usage.
- Lihat pada bahagian Video > Video autoplay, dan pilih Never. *Boleh juga ditetapkan video hanya dimainkan secara auto ketika disambungkan pada Wi-Fi.
p.s: Kepentingan lain untuk nyahaktif fungsi autoplay adalah bagi mengelakkan kita secara tidak sengaja memainkan video tidak senonoh dikawasan awam. Kena pula masa tu loudspeaker, boleh dapat malu 7 keturunan. Hahaha.
Sangat membantu 🙂 thanks for sharing