Siapa first timer guna iPhone mesti pelik kenapa applikasi kalkulator dalam iPhone tak ada backspace. Betul tak?
Aku pun pelik jugak. Tak macam Android, dah memang terang-terang disediakan.
Tapi hari ini aku dapat satu ilmu baru. Sebab kat luar sana tengah trending pasal backspace dalam kalkulator. Rupa-rupanya fungsi ini memang wujud.
Cuma orang ramai tak tahu macam mana nak gunakannya. Hehehe
Ok. Sekiranya kalau korang tersalah taip satu huruf dalam kalkulator iPhone, korang tak perlu clear semua sekali pengiraan korang.
Trick-nya.. backspace boleh dibuat hanya dengan meletakkan jari di display area pengiraan korang, kemudian korang swipe je ke kiri ataupun ke kanan.
Macam dalam video ni.
Nampak tak? Senang kan? Rasa nak marah tak sebab sebelum ini tak pernah tahu? Hahaha. Sabar, aku pun sebelun ini tak tahu juga.
Dan satu lagi trick tambahan yang kalau korang nak tahu. Untuk jadikan kalkulator didalam iPhone menjadi kalkulator saintifik, korang cuma perlu pusing iPhone korang. Dah boleh buat kira-kira cos, sin, tan dan lain-lain lagi.
Cool tak?
Kalau cool, sila share dengan rakan-rakan korang ataupun saudara-mara yang pakai iPhone. Mesti diorang akan kata korang bijak. 😁
wahh… aku x biasa delete je semua terus…hahaha x tau lak ada cara nya…
tak pandai nak guna iphone.. memang janggal kalau guna..