Cara Untuk Aktifkan HTTPS Untuk Blogspot Yang Menggunakan Custom Domain


Rata-rata ramai yang dah tahu bahawa penggunaan SSL untuk sesebuah blog adalah penyumbang kepada kekuatan SEO. Namun, untuk beberapa ketika sebelum ini pengguna blogspot yang menggunakan custom domain tidak dapat menikmati kelebihan ini kerana platform blogspot tidak menyokong fungsi tetapan SSL bagi custom domain melainkan pengguna itu menggunakan subdomain blogspot sahaja.

Akan tetapi, semua itu sudah menjadi sejarah kerana baru-baru ini pihak Google telah mengeluarkan update terkini dimana semua orang yang menggunakan custom domain berpeluang untuk menggunakan tetapan SSL yang dikeluarkan oleh mereka secara percuma.

Tetapan ini yang boleh didapati dalam dashboard masing-masing hanya memerlukan korang untuk follow beberapa step yang cukup mudah. Caranya ialah:

Pergi ke Settings > Basics > scroll ke bawah pada bahagian HTTPS

Pada pilihan HTTPS Availability dan HTTPS Redirect, pilih Yes. Dan save tetapan korang.

Pada beberapa jam pertama, berkemungkinan besar blog korang akan mendapat error “This site can’t be reached” kerana fungsi ini belum diaktifkan sepenuhnya. Dinasihatkan kepada korang supaya jangan panik. Biarkan ia untuk seketika. Pergi lepak mana-mana dulu.

Kemudian lepas beberapa jam, cuba refresh. Jika blog korang boleh dipaparkan maksudnya proses pengaktifan dah selesai.

Dan sekiranya blog korang dibuka dalam browser tertentu (contohnya; Google Chrome) ditepi URL blog korang dah ada mangga warna hijau. Tahniah. Blog korang sekarang nampak lebih cool. Heee.

p.s: Untuk pengguna WordPress, memang dah ada option guna HTTPS secara percuma percuma > Boleh rujuk artikel Cara Aktifkan SSL Percuma

Nota: Dah aktif SSL (HTTPS), jangan lupa resubmit kat Google Webmaster Tools. Tak tau apa tu? Google! Keh keh keh



9 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini