in

Cara Tukar Tarif Elektrik Rumah


Rumah dah dapat kunci, eletrik dah masuk, air pun dah ada. Kalau ikutkan, kelengkapan asas dah cukup. Boleh duduk dah rumah aku kat Canopy Hill, Kajang 2 tu. Cumanya, masalah biasa orang baru dapat rumah kan.. mana puas hati bila tengok dalam rumah tu kosong. Nak kena penuhkan dengan bermacam-macam benda. Tapi itu.. rilek dulu la. Kita buat kira-kira.. step by step aku akan tambah pelan-pelan ikut kemampuan.

Yang penting sekarang, bila rumah dah ada elektrik.. dah pernah dapat bil. Aku nak kena periksa dulu jenis tarif elektrik rumah tu. Ya, ini antara step penting.. sebab kalau rumah tu TNB letak sebagai tarif komersil, bil akan jadi mahal.

Nak periksa tu tarif tu kat mana, senang je.. bila dapat bil korang tengok je kat detail tu dia tulis jenis tarif apa.. kalau dia tulis “perdagangan”, pendek kata korang kena bayar tarif yang komersil yang mahal tu la.

Dan untuk kes aku, masa dapat bil pertama.. dapat tau tarif yang digunapakai adalah tarif komersil. So untuk “menjimatkan” bil elektrik yang akan datang, aku kena lah mohon untuk tukar tarif komersial ke kediaman (residensi).

Kalau dulu nak mohon tukar tarif komersial ke residensi ni agak leceh, sebab nak kena buat surat bagai. Tapi sekarang dah makin mudah, sebab permohonan dah boleh dibuat secara online. Kat bawah ni aku dah tangkap layar step by step cara aku buat permohonan.

Permohonan tarif komersial ke residensi ni pun, kejap je dia proses. Aku mohon pada 17-11-2022, TNB approve pada 19-11-2022.. Dua hari selesai.

Bila dah selesai, tunggu je la next bil elektrik. Akan ditukarkan kepada tarif residensi. Hoyeah!


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *