in

Cara Semak Status Halal Secara On-The-Go


Status halal sesuatu produk makanan ataupun premis sentiasa dititik-beratkan oleh pengguna beragama Islam. Ini kerana Islam tidak membenarkan umatnya dalam mengambil sesuatu makanan yang haram.

Jika dahulu untuk menyemak sesuatu status halal makanan atau premis, pengguna beragama Islam perlu membuat semakan secara manual. Tetapi, kini tidak lagi kerana dengan adanya satu applikasi baru yang dinamakan myJakim, semuanya berada dihujung jari.

Apa yang perlu dilakukan untuk membuat semakan status halal adalah dengan memuat turun applikasi myJakim ini terus ke dalam telefon pintar masing-masing. Selepas proses pemasangan selesai dilakukan, semakan status halal boleh dibuat secara terus.

Applikasi myJakim

Disamping semakan status halal, terdapat juga beberapa info tambahan yang turut disertakan didalam applikasi ini seperti info solat, doa harian, surah yasin dan lain-lain.

Sejujurnya bagi pendapat aku, applikasi ini adalah satu applikasi yang sangat berguna. Jadi sekiranya korang juga merasakan ianya mampu memberikan manfaat kepada korang juga, bolehlah memuat turunnya secara PERCUMA di pautan yang diberikan dibawah:

  1. myJakim Android
  2. myJakim iOS

p/s: Senang, boleh semak dimana-mana sahaja.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. memang mudah aplikasi ini.. tetapi pengguna juga harus faham jika tiada logo halal jakim, ia perlu rujuk kepada pengesahan kedua.. iaitu pengesahan dari badan Islam negara pengeluar yang diiktiraf oleh JAKIM bagi menerima pakai status HALAL tersebut.

  2. Memang bagus apps macam ni. Tu lah gunanya teknologi. Sgt berguna utk rider nak menjalankan aktiviti makan2. 🙂

  3. Apps ni mesti pasang. Selain ada direktori halal…ada juga info solat dll…

    tahniah jakim

    thanks bro hafiz rahim berkongsi info

  4. Terima kasih atas perkongsian ini.. nanti pakai smartphone baru leh install…mana-mana leh check menda ni..hehe

Leave a Reply to Abdur Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *