Status halal sesuatu produk makanan ataupun premis sentiasa dititik-beratkan oleh pengguna beragama Islam. Ini kerana Islam tidak membenarkan umatnya dalam mengambil sesuatu makanan yang haram.
Jika dahulu untuk menyemak sesuatu status halal makanan atau premis, pengguna beragama Islam perlu membuat semakan secara manual. Tetapi, kini tidak lagi kerana dengan adanya satu applikasi baru yang dinamakan myJakim, semuanya berada dihujung jari.
Apa yang perlu dilakukan untuk membuat semakan status halal adalah dengan memuat turun applikasi myJakim ini terus ke dalam telefon pintar masing-masing. Selepas proses pemasangan selesai dilakukan, semakan status halal boleh dibuat secara terus.
Disamping semakan status halal, terdapat juga beberapa info tambahan yang turut disertakan didalam applikasi ini seperti info solat, doa harian, surah yasin dan lain-lain.
Sejujurnya bagi pendapat aku, applikasi ini adalah satu applikasi yang sangat berguna. Jadi sekiranya korang juga merasakan ianya mampu memberikan manfaat kepada korang juga, bolehlah memuat turunnya secara PERCUMA di pautan yang diberikan dibawah:
myJakim– AndroidmyJakim– iOS
p/s: Senang, boleh semak dimana-mana sahaja.
Aplikasi ini sangat dibutuhkan terlebih lagi saat ini banyak product yang dikeluarkan oleh bukan kilang islam.
memang mudah aplikasi ini.. tetapi pengguna juga harus faham jika tiada logo halal jakim, ia perlu rujuk kepada pengesahan kedua.. iaitu pengesahan dari badan Islam negara pengeluar yang diiktiraf oleh JAKIM bagi menerima pakai status HALAL tersebut.
Betul dan setuju dengan saudara kid.
Setuju. Penting utk faham. Kalau tak, ramai yg mula sebarkan cerita bukan2…kena check betul2 dulu…
terbaiklah bro kid!
mesti install app ni, mudah sangat nak buat rujukan terutamanya tengah sedang shoping..
Semakin maju dan memudahkan dari JAKIM ni. Very Good!.
Semakin mudah untuk menyemak makanan halal atau sebaliknya 🙂
So, x payah ragu2 lepas ni..
Seiring dengan teknologi semasa…… rujukan yang mudah pengguna smartphone masa kini….
info yg baik.
terima kasih bro
sangat bermanfaat
kecanggihan teknologi sekarang, cepat & pantas. 🙂 kena install ni, berguna sangat, hehe
Memang bagus apps macam ni. Tu lah gunanya teknologi. Sgt berguna utk rider nak menjalankan aktiviti makan2. 🙂
Apps ni mesti pasang. Selain ada direktori halal…ada juga info solat dll…
tahniah jakim
thanks bro hafiz rahim berkongsi info
Makin mudah. 🙂
Terima kasih atas perkongsian ini.. nanti pakai smartphone baru leh install…mana-mana leh check menda ni..hehe
Syabas jakim,cara ne paling mudah utk dptkan kepastian segera
Eh Spritzer dah nak tamat dah tue….
okehh..
gi cari sat aplikasi tu.
mmg bagus apps nie..senang nk buat rujukan