Laporan CCRIS ni bukannya selalu diperlukan pun. Tapi bila diperlukan, memang ianya akan jadi sangat penting. Sebab dalam laporan tersebut akan tercatat segala rekod pembayaran pembayaran hutang kita kepada institusi kewangan/perbankan.
Daripada laporan ini tercatat segala rekod pembayaran hutang sekaligus menjadi indikator kepada pihak institusi kewangan/perbankan untuk menentukan samaada kita ni seorang pembayar hutang yang bagus (good paymaster) ataupun sebaliknya.
Kalau 6 tahun dulu aku pernah dapatkan laporan CCRIS secara percuma melalui kiosk yang ditempatkan di Bank Negara Malaysia. Cumanya bagi aku yang tinggal agak jauh, proses ini dianggap melecehkan dan membuang duit dan tenaga.
Jadi sekarang aku lebih rela mengeluarkan sedikit modal untuk membayar pihak ketiga untuk bantu aku mendapatkan laporan tersebut, yang mana pihak tersebut dikenali sebagai RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI), iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan MYCREDITINFO dan semestinya berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Untuk mendapatkan laporan CCRIS melalui RAMCI ini mudah je. Caranya aku kongsikan dibawah.
First, layari laman web rasmi mereka di https://www.mycreditinfo.com.my/
Kemudian, Sign-up akaun baru dengan memasukkan nama penuh, no. kad pengenalan, emel, alamat dan nombor telefon. Klik juga pada Request OTP yang mana kemudiannya korang akan menerima OTP kod melalui SMS dan seterusnya korang kena jawab Security Questions, dan muat naik salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
Kemudian, korang akan dibawa ke paparan pilihan pembelian laporan kredit. Pilih mana yang korang nak dan klik ‘Buy Now’. Instead of Personal Credit Report Basic, aku sarankan supaya korang beli je yang Personal Credit Report Plus sebabnya dalam Plus ni dah complete semua sekali.
Bila dah klik korang akan dibawa ke laman pembayaran online. Boleh lah pilih sama ada nak bayar melalui kredit kad, debit kad ataupun online banking. For info, mod pembayaran online banking adalah melalui sistem FPX. So macam-macam online bank ada.
Bila dah bayar, selesai. Korang selepas itu akan menerima resit melalui email dari pihak MYCREDITINFO dan seterusnya didalam email berlainan yang bertajuk “Attached is Your Personal Credit Report PLUS (PCRP) For Your Review” akan dilampirkan laporan kredit CCRIS korang.
Mudah kan?
Hanya berbekal RM19.50, dah boleh dapat laporan CCRIS. Bagi aku, perkhidmatan ini sangat berbaloi untuk digunakan berbanding korang kena pergi sendiri ke kiosk dan adakalanya perlu ambil cuti semata-mata untuk ke Bank Negara.
Lagipun bila dah bayar untuk perkhidmatan RAMCI ni bukan kena tunggu lama pun. Dalam kes aku, tunggu tak sampai 10 minit dah dapat dah laporan CCRIS.
Fuh.. gred 9. Sebab ada 2 kali terlupa bayar kereta on time. Sebab dapat gaji lambat. Hahaha. Tapi okay la kot kan. Cuma kalau nak clear jadikan semua kosong kena tunggu lagi 3 bulan baru rekod bersih. Heee.
Info: Lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran selalu dibuat secara on-time setiap bulan. Kalau ada angka 1, 2 atau 3 tu pulak, bermaksud ada la tu korang ada hutang tertunggak untuk berapa bulan.
p.s: Tapi kalau nak lagi jimat dan lagi mudah. Boleh dapatkan laporan CCRIS melalui eCCRIS je. Cuma untuk gunakan eCCRIS ni, kena pergi daftar dulu butiran peribadi di Bank Negara Malaysia.. pada waktu kerja (haa ni yang leceh). Hohoho
owh..macam itu yer resultnya…alamak, kalau setiap bulan lambat bayar hutang kereta memang jadi angka 9 lah yer..
hbat bro x byk hutang..kalo x silap, lpas 6 bulan rekod lewat tu dh bleh clear balik..kalo x sangkut, bleh lepas kalo nk buat pinjaman baru