in

Cara Nak Turn Off iPhone 11


Weh korang.. hari ni sembang iPhone 11 lagi. Benda baru, aku masih tak boleh move on. Banyak sangat benda baru dalam fon ni untuk aku share. So aku share sikit-sikit mana yang terdaya okay. Harap korang jangan jemu baca blog aku. Hahahaha.

Well.. untuk handphone selalunya kalau korang nak shutdown/off, normal practice korang tekan je button ON tu lama-lama, then after few seconds handphone akan turned off kan.

Haa.. nak dijadikan cerita, untuk iPhone 11 ni pelik sikit. Ceritanya macam ni, semalam aku saja nak restart iPhone 11 aku ni sebab dekat kawasan anak aku berlatih swimming tu line tak berapa nak helok.. So, aku tekan la button ON lama-lama.

Korang tahu tak apa jadi?

Bukannya iPhone 11 tu shut down, tapi dia masuk ke fungsi Siri. Aku cuak kejap.. ingatkan iPhone 11 aku rosak. Aku cancel Siri, kemudian aku cuba lagi sekali tekan button ON lama-lama. Sama! Masuk Siri lagi.. kohaja punya Siri. Kau godam iOS aku ke ni. Hahaha.

Dengan line phone yang tak berapa nak okay, aku gagahkan jugak untuk Google macam mana cara nak shutdown iPhone 11 (Gila.. seumur hidup tak pernah aku google keyword macam ni. Hahaha).

Rupa-rupanya iPhone 11 ni unik sikit. Cara nak shutdown nya lain macam. Korang tahu tak macam mana caranya?

  1. Tekan button ON + Volume down serentak.
  2. Swipe ke kanan untuk Power Off

Baru popup option untuk shutdown tu keluar. Demm you. Terkena aku. Nampak newbie sangat. Hahaha. So lepas ni kalau korang ada iPhone 11, sila take note okay. Hohoho

Nota: Actually kalau korang tak ada iPhone 11 pun korang patut ambil tahu jugak, sebab mana tahu bila berdepan dengan situasi kecemasan macam kawan pengsan ke, jumpa pengguna iPhone yang accident ke.. dari situ korang boleh akses ke Emergency contact diorang (dalam Medical ID) untuk maklumkan kejadian yang berlaku.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *