Dah lama Quinny Zapp Xtra merah berkhidmat untuk keluarga kecil aku. Beli sebelum Khair lahir lagi. Sampai lah sekarang bila Khair dah besar, kini berpindah tangan pula pada Haziq.
Aku ingat lagi masa nak beli dulu, tak beli melalui baby shop pun. Tapi beli by hand melalui seorang online seller. Harga super murah, tapi dia takut-takut nak jual. Sebabnya.. masa aku jumpa face to face dulu, dia risau jika ada peniaga-peniaga lain pasang perangkap untuk tangkap dia kerana harga yang dia tawarkan jauh lebih murah daripada mana-mana baby shop di Kuala Lumpur. Hahaha.. Rezeki.
Tapi apa-apa pun, entri hari ini bukan aku nak bercerita sangat tentang throwback bagaimana aku beli stroller tu. Tetapi, cuma sekadar nak berkongsi cara bagaimana untuk menanggalkan fabrik stroller Quinny Zapp Xtra sekiranya ingin dicuci.
Kalau ikutkan, daripada mula beli dulu memang tak pernah bercuci pun lagi Quinny Zapp Xtra merah ni. Setahun yang lepas merupakan kali terakhir aku gunakan seat fabrik merah ni pada Khair (sebelum Haziq belum dilahirkan).
Sekarang, bila Haziq dah ada. Aku gunakan frame Quinny Zapp Xtra itu untuk di-attach-kan dengan car seat Maxxi Cosi Cabriofix (maka seat-nya terbiar berhabuk).
Disebabkan tak nak bagi ia makin berrhabuk, ataupun pendek kata tak lama lagi Haziq dah makin membesar dan dah tak muat nak duduk dalam Maxxi Cosi Cabriofix.. Nak tak nak aku kena cuci juga seat Quinny Zapp Xtra untuk persediaan akan datang. Tukar pakai je seat ni balik supaya Haziq duduk lebih selesa (lebih luas).
Cara mudah untuk tanggalkan dan cuci fabrik Quinny Zapp Xtra
Dibahagian hood (cover yang melindung kepala anak daripada panas), korang akan perasan satu zip. Buka zip untuk menanggalkan besi didalam yang memegang hood itu.
Kemudian, korang perlu sediakan sebatang screwdriver bermata philips (bunga). Screwdriver ini yang akan digunakan untuk membuka skru di empat bahagian, yang mana ianya terletak dibahagian yang telah aku bulatkan dalam gambar dibawah.
Tuil sikit klip berwarna kelabu cerah itu, kemudian korang boleh nampak skru kecil ditengah-tengah klip.
Buka dengan perlahan supaya tidak merosakkan bebenang tapak skru, kerana tapak skru itu hanyalah sebatang tiub plastik (yang mana aku rasakan ia agak mudah rosak sekiranya dibuka secara kasar).
Sesudah skru dibuka, ada 4 skru kesemuanya; 2 kiri (atas dan bawah), 2 kanan (juga atas dan bawah). Kemudian tarik tiub plastik yang memegang fabrik Quinny Zapp Xtra pada frame.
Tadaa.. yang panjang-panjang tu tiub yang memegang fabrik seat pada frame stroller. Bila dah cabut tiub tu, tanggalkan saja fabrik dengan menarik fabrik menjauhi frame. Mudah.. Dan.. Yes! Siap. Itu sahaja.
Actually, proses nak cabut fabrik Quinny Zapp Xtra mudah saja. Kalau dah terbiasa nanti, mungkin proses ini boleh dilakukan dalam tempoh masa kurang 10 minit.
Dan untuk proses seterusnya iaitu mencuci, ia boleh dilakukan secara manual dengan tangan. Sental sikit-sikit pakai berus. Yang ni takkan aku nak ajar juga kan. Dan tidak disarankan sekiranya korang terlalu rajin untuk masukkan fabrik seat kedalam mesin basuh kerana ianya agak keras. Lagipun ada bahagian plastik yang perlu dijaga supaya tidak terkoyak.
Nota: Setelah dibasuh dan dikeringkan, pemasangan boleh dilakukan dengan reverse balik step yang korang follow untuk tanggalkan fabrik tadi tu. 🙂
info yg bermanfaat, tq for sharing