in

Cara Mudah Untuk Terus WhatsApp Dari Laman Web Atau Blog


Berniaga? Ada blog? Ada laman web? GunaWhatsApp?

Kat bawah ini ada cara istimewa untuk korang menjenamakan web atau blog korang, sekali gus memudahkan pelanggan untuk menghantar mesej terus daripada laman web atau blog korang kepada applikasi WhatsApp.

Cara-caranya:

  1. Login cPanel dan pergi ke bahagian Domains
  2. Klik subdomains
  3. Create subdomain (Isi ruangan Subdomain sahaja, yang lain akan diisi secara automatik) – contoh “hi”
  4. Tekan butang Create dan subdomain hi.hafizrahim.com akan diwujudkan.
  5. Pergi ke Manage Redirection
  6. Diruangan kosong isikan link seperti berikut – https://api.whatsapp.com/send?phone=60162124714
  7. Kemudian, tekan butang Save
  8. Ok. Dah siap!

Simple je kan? Yeay.. maka dengan siapnya link subdomain itu, korang dah boleh mula hebahkan pada orang ramai akan penggunaan subdomain hi.hafizrahim.com sebagai pautan pantas untuk menghantar WhatsApp tanpa perlu berikan nombor telefon kepada mereka.

Untuk makluman, cara diatas adalah untuk mereka yang mempunyai akses cPanel hosting sahaja.

Bagi korang yang tidak mempunyai hosting, boleh juga membuat pautan pantas klik untuk WhatsApp lebih kurang seperti diatas. CUMA caranya sedikit berbeza. Rujuk dibawah:

Kod asas:

whatsapp://send?text=<Message>&phone=<NomborTelefon>

  1. Gantikan Message dengan apa yang ingin ditulis sebagai mesej default. Untuk mesej default tersebut, sila pastikan Message tersebut di-encode-kan terlebih dahulu. Untuk encode apa yang ingin ditulis, prosesnya boleh dibuat melalui laman web ini – www.urlencoder.org
  2. Gantikan Nombor Telefon dengan nombor telefon penerima, dan wajib didahulukan dengan kod negara – sebagai contoh 60123456789

Mudah je kan? 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *