Kesukaran menghadapi sesuatu situasi itu selalunya akan mencetuskan idea yang bernas untuk kita mengatasi permasalahan tersebut.
Terhasilnya idea bagaimana untuk memudahkan komunikasi dengan penduduk setempat, terutamanya yang tidak fasih berbahasa inggeris, ketika mana 3 orang sahabat iaitu George, Steven dan Florian mengalami sendiri kesukaran itu sewaktu mereka mengembara ke pedalaman Vietnam.
Dek kerana kesusahan yang dialami itu, mereka tampil menghasilkan ICONSPEAK.
ICONSPEAK, yang merupakan jenama kepada rekaan baju tshirt dengan ikon yang boleh difahami oleh semua orang, dipercayai oleh ketiga-tiga sahabat ini mampu menyelesaikan masalah komunikasi dengan mudah.
Sejauh mana “mudah” yang dimaksudkan?
Begini caranya.
Setiap kali seseorang itu berdepan dengan masalah komunikasi dengan penduduk setempat, apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menunjukkan saja ikon-ikon yang tertera diatas baju.
Dan oleh kerana ikon-ikon itu mempunyai maksud yang tersendiri dan merupakan ikon yang dikenali seluruh dunia, maka mereka yang tidak pandai bertutur dalam bahasa inggeris dapat memahami apa yang ingin disampaikan; hanya melalui maksud disebalik ikon tersebut.
Dengan cara ini ia sudah tentu membantu memudahkan korang berkomunikasi kan?
Contoh: Jika tiada air? Tunjukkan saja pada ikon pili air + thumb down.
Ataupun, jika pelayan makanan bertanya akan maklumbalas megenai masakan mereka yang pedas. Korang boleh gunakan ikon hidangan makanan + api.
Simple, menarik dan jalan penyelesaian yang genius kan. 🙂
makasih infonya bermanpat sekali buat aku