in

Cara Mudah Semak Info Trafik Semasa


Sila bookmark entri ini untuk kepentingan korang bila dalam perjalanan pulang ke kampung nanti. Disini aku kongsikan satu laman info yang mengemaskini gambar-gambar semasa serta keadaan trafik di lebuh-lebuhraya di seluruh Malaysia.

  1. www.llm.gov.my – Menyediakan paparan gambar-gambar yang dikemaskini dari semasa ke semasa melalui pemantauan CCTV di beberapa lokasi yang ditetapkan.
  2. plustrafik.plus.com.my – Memberikan info-info berkenaan keadaan trafik yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Juga boleh membuat semakan tentang kedudukan AES, jalan alternatif, kerja-kerja membaik pulih jalan raya.

Dua laman web ini merupakan cara alternatif yang bagus buat mereka yang merancang perjalanan supaya mereka tidak tersekat didalam kesesakan lalu lintas, terutamanya tibanya musim perayaan ketika keadaan trafik sedang memuncak.

Baca juga: JPJ Lancar Talian WhatsApp Untuk Pengguna Laporkan Kesalahan Jalan Raya

Peringatan:

Nak balik kampung jangan lupa jaga keselamatan rumah korang. Pastikan korang buat 6 perkara ini:

  1. Kunci semua pintu dan tingkap di dalam rumah termasuk pintu bilik (supaya merumitkan pencuri untuk masuk mencuri)
  2. Cabut semua plug dan juga kepala gas bagi mengelakkan litar pintas dan juga kebocoran gas.
  3. Jangan tinggalkan barangan berharga seperti barang kemas, laptop dan lain-lain. Bawak je sekali balik kampung.
  4. Hidupkan sistem penggera/keselamatan jika ada.
  5. Maklumkan kepada jiran tetangga ataupun security taman perumahan supaya mereka dapat memantau rumah anda dengan lebih kerap.
  6. Dan akhir sekali, berserah kepada Allah dan memohon perlindungan daripada-Nya dengan membaca doa pelindung kecurian

Doa Pelindung Kecurian

Akhir kata, korang boleh kongsikan entri kepada saudara-mara dan sahabat taulan sekiranya didapati ia bermanfaat dan aku doakan supaya segala urusan balik kampung korang dipermudahkan. Aminn. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Salam Aidilfitri.. hari ni warga kota dah stat bekerja.. ada juga yang baru nak balik nak elak jam.. selain itu tips ketika memandu.. mengantuk saja wajib berenti! huhu.. pengalaman aku dahulu.. bajet macam boleh tahan.. bajet nak strong la fokus.. sekali automatik mata terkatup sendiri sebab ngantuk.. padahal sambil memandu dok tampaq2 muka…nasib baik tak masuk line orang hehe

    • Yerp. Mengantuk wajib rehat dulu kejap. Takpun ajak co-pilot sembang. Hehehe.

      Memandu waktu siang, nak elak ngantuk pakai cermin mata hitam bro. Silau siang tu yang buatkan mata kita jadi ngantuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *