in

Cara Mudah Pengeluaran Akaun 2 KWSP


Merujuk kepada artikel yang pernah aku tulis satu ketika dulu mengenai cara-cara pengeluaran akaun 2 KWSP bagi tujuan untuk pengurangan pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan. Sabtu lalu sekali lagi aku menghadirkan diri ke pejabat KWSP Jalan Gasing untuk membuat pengeluaran yang sama tetapi berbeza jumlah pengeluarannya.

Pengeluaran ini yang mana merupakan cara manual memerlukan aku selaku pemohon untuk request loan statement daripada bank terlebih dahulu sebelum mendapat pengesahan daripada pihak bank dan kemudiannya barulah aku boleh proceed ke pejabat KWSP bagi urusan yang seterusnya.

Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Walaubagaimanapun bermula pada awal tahun 2015, proses pengeluaran akaun 2 KWSP bagi mengurangkan ansuran bulanan pinjaman rumah dipermudahkan bagi mana-mana peminjam yang menggunakan pinjaman daripada bank RHB ataupun Maybank, dimana setiap permohonan daripada peminjam-peminjam loan bank-bank ini sudah boleh dilakukan secara online ataupun dipanggil e-Pengeluaran.

Keluar duit akaun 2 KWSP
Sumber: e-Pengeluaran KWSP

Untuk membuat e-Pengeluaran, caranya mudah saja iaitu anda perlu log in ke i-akaun KWSP, kemudian klik pada bahagian Pengeluaran (Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan) dan seterusnya isi segala butir-butir peribadi yang diperlukan.

Keluar duit daripada akaun 2 KWSP

Permohonan yang siap diisi akan dihantar terus kepada pihak pengurusan KWSP dimana segala pengesahan bank akan dibuat secara automatik tanpa memerlukan pemohon untuk mendapatkan loan statement terlebih dahulu. Hanya selepas semuanya disahkan dan permohonan diluluskan, pemohon akan dihubungi oleh pihak KWSP dalam tempoh masa 7 hari. Hanya selepas iti, pemohon tersebut perlu menghadirkan diri ke cawangan KWSP yang terdekat bagi membuat pengesahan cap jari.

Selesai kesemuanya, bayaran jumlah pengeluaran akan dikreditkan terus kedalam akaun simpanan yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan. That’s it. Simple.

p/s: Ada beberapa cawangan KWSP yang beroperasi pada hari sabtu minggu pertama dan ketiga. Cuma kalau nak pergi, kena pergi awal la. Takut ramai orang.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

100 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *