in

Cara Mudah Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan


Sila bookmark entri ini jika ingin dijadikan rujukan pada masa depan. Cara pengiraan kelayakan pinjaman perumahan? Tahukah anda bagaimana cara kiraanya? Berapa bulanan yang perlu anda bayar setiap bulan?

Ramai yang akan tertanya-tanya soalan ini, terutamanya kepada mereka yang ingin membeli rumah buat kali pertama.

Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui setinggi mana kelayakan nilai pinjaman perumahan yang mampu kita pinjam berdasarkan gaji semasa yang kita perolehi?

Ahaa..

Tergerak hati untuk turut berkongsi info yang dikongsikan oleh rakan blogger, Ben Ashaari.. Kini , segala urusan pengiraan dan kelayakan pinjaman ini menjadi lebih mudah dengan adanya “kalkulator kelayakan dan bayaran bulanan pinjaman perumahan”.

Kalkulator ini yang dibina dan ditawarkan penggunaannya secara percuma melalui online boleh digunakan melalui laman web Kalkulator Pinjaman Perumahan Mampu Milik.

Berbanding dengan keadaan aku ketika ingin membeli rumah dulu, kemudahan sebegini masih belum dibangunkan.

Perumahan Mampu Milik
Sekadar gambar hiasan

Maka, agak susah sebenarnya bagi orang seperti aku untuk mengetahui berapa anggaran pinjaman perumahan yang boleh dimohon kecuali terpaksa menghubungi pihak bank beberapa kali untuk membuat semakan secara manual.

Sekarang, mudah kan? Semuanya di hujung jari.

Kalkulator Pinjaman Perumahan Mampu Milik

Cum masukkan gaji bersih, perbelanjaan bulanan, interest rate dan tempoh pinjaman.

Thanks Ben sudi berkongsi info sebegini, bagi aku kalau kita dah tahu sesuatu benda yang boleh memudahkan orang ramai.. Kita harus kongsikannya supaya lebih ramai yang memperoleh manfaat.. merujuk kepada entri, Apakah aku layak membuat pinjaman bank?

Untuk lebih memahami proses membuat semakan kelayakan secara online ini, korang boleh tonton video dibawah. Penerangan step by step juga bagaimana untuk terus membuat semakan projek-projek perumahan kos rendah melalui online, ada diterangkan.

Untuk penjawat awam, kelayakan mungkin agak sedikit berbeza. Sila rujuk Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk butiran lanjut.

>> Baca juga cara semak CCRIS di Bank Negara.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. fuh ! rasa beruntung pulak keje gomen tak payah nak kira… bagi detail kat admin jer, dorang tolong kirakan hahahaa.. tapi sekarang masih belum mampu nak miliki rumah sendiri.

  2. Terima kasih di atas perkongsian info…. Buat masa sekarang ni dah tak layak rasa nak buat pinjaman perumahan lagi… Kena tunggu rumah yang saya beli siap… Kemudian sewa atau buat homestay… Lepas tu baru boleh pertimbangkan untuk buat pinjaman lagi..

  3. salam tuan, saya masih student ipts (amek mbbs) ada loan plajaran mara 60k, umur 24. habis study taun depan.tiada komitment lain spt kereta mahupon personal loan

    saya bercita2 besar untuk beli rumah seawal, mudanya umur saya, seperti saranan tuan.

    persoalannya, adakah rekod ccris saya bakal tertera ‘buruk’ sekiranya saya mempunyai loan Mara walaupon nnty saya mmbayarnya tiap2 bulan ikot jadual? kedua, adakah Pinjaman2 spt MARA ini boleh merencatkan saya utk mndptkan loan perumahan.

    sye masih muda dan newbie, minta tolong jawap tuan….

    terima kasih

Leave a Reply to dkna abza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *